Macbook Repair - Mecnote: 4 Sebab Keyboard Dan Mouse Terbaik Untuk Gaming

Cari Model Mac

Ahad, 3 Disember 2017

4 Sebab Keyboard Dan Mouse Terbaik Untuk Gaming

4 Sebab Keyboard Dan Mouse Terbaik Untuk Gaming


Terdapat perdebatan yang berlaku selama bertahun-tahun, apa yang pemain (gamers) perlu gunakan untuk mengawal permainan (games) mereka.
Isu ini sangat hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang dengan variasi permainan (games) yang ada di luar sana.
Jadi pemain (gamers) sebenarnya sangat ghairah tentang jenis kawalan (controls) yang perlu digunakan apabila bermain permainan (games).
Artikel ini tiada langsung berniat untuk perlekehkan permainan konsol (console gaming). Hari ini saya memberi fokus sepenuhnya kepada jenis hardware yang anda gunakan untuk mengawal (control) permainan (games) anda.
Dalam kebanyakan kes pada zaman ini, orang ramai diluar sana menggunakan keyboard dan mouse ataupun gamepad, dan tidak kira apa jenis sistem yang sedang gunakan.
Kali ini, kita melihat bagaimana keyboard dan mouse adalah lebih baik jika dikaitkan dengan bermain permainan (games) di PC, sama ada desktop atau laptop.
Kenapa keyboard dan mouse lebih baik?
Jadi mari kita mulakan. Di bawah anda boleh nampak empat senarai sebab mengapa saya percaya bahawa keyboard dan mouse adalah terbaik untuk permainan (games), terutamanya pada PC.
1. KETEPATAN KAWALAN
Pertama sekali, dan mungkin yang paling penting dari semua sebab yang disenaraikan adalah ketepatan kawalan. Ketepatan kawalan adalah sangat penting dan saya akui bukan semua permainan memerlukan ketepatan. Banyak permainan (games) di luar sana memerlukan ketepatan dan ini adalah sangat penting.
Hal ini benar terutamanya dalam genre first person shooter, dimana anda memerlukan ketepatan dan kawalan yang cepat untuk menyasarkan dan menembak target anda. Ini bermakna perbezaan diantara hidup atau mati dalam permainan ini, menjadikannya sangat penting.
Hakikatnya ia menjadikan kawalan ketepatan anda jauh lebih baik dengan menggunakan keyboard dan mouse berbanding gamepad tradisional.
2. BUTANG DAN KEKUNCI YANG BOLEH DI PROGRAM
Selari dengan ketepatan kawalan, adalah kekunci yang boleh di program untuk kebanyakan keyboard dan mouse. Walaupun tidak semua keyboard dan mouse mempunyai ciri-ciri sebegini, kebanyakan versi yang moden untuk perkakasan (hardware)ini mempunyai ciri-ciri sedemikian.
Ini membolehkan anda untuk memprogram perkakasan (hardware) tersebut untuk melakukan tugas yang tertentu dalam permainan anda. Hasilnya adalah kawalan permainan anda menjadi lebih cepat dan lebih mudah daripada yang sebelumnya.
Dengan sentuhan butang tersebut anda secara automatik boleh melakukan sesuatu yang mungkin mengambil dua atau tiga klik. Ini bermakna anda dapat mengawal dengan cepat dan banyak aspek dalam permainan tersebut dengan sentuhan yang mudah.
Hasilnya, menjadikan permainan anda lebih seronok dan menjadi lebih baik.
3. MACROS
Jika anda mengambil langkah yang seterusnya, anda boleh membuat makro yang melakukan lebih daripada satu perkara dengan menekan satu butang.
Ini berbeza untuk setiap variasi permainan dan boleh dianggap menipu. Walau bagaimanapun, banyak permainan diluar sana membenarkan anda menggunakannya kerana ia sebahagian daripada sistem.
Jika anda menggunakan keyboard dan mouse, anda mungkin boleh untuk program beberapa kekunci anda untuk melakukan lebih dari satu perkara dengan menekan butang tersebut. Ini benar-benar boleh mempercepatkan cara permainan anda dan membantu anda untuk melakukan perkara dengan lebih cepat.
Disebabkan ini, anda akan menjadi lebih baik pada permainan tersebut dari sebelumnya dan anda dapat melekakukan lebih cepat daripada pemain yang menggunakan gamepad hanya dengan menekan keyboard atau klik mouse anda.
4. DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI VARIASI PERMAINAN
Terdapat beberapa permainan di luar sana yang membolehkan anda bermain dengan lebih baik menggunaka keyboard dan mouse. Contoh yang paling mudah adalah permainan menembak.
Memang diakui, segelintir pemain lebih gemar menggunakan gamepad, bagi saya lebih selesa menggunakan keyboard dan mouse ketika bermain.
Namun, terdapat beberapa genre di luar sana sekiranya anda tidak menggunakan keyboard dan mouse anda tidak dapat main permainan tersebut dengan baik.
Anda masih boleh bermain permainan tersebut tapi agak sukar dan menjadikan kurang menyeronokkan. Contoh terdekat yang terkenal DOTA 2 yang memerlukan keyboard dan mouse untuk kawalan yang terbaik.
Gamepads
Secara keseluruhanya keyboard dan mouse memberikan pengalaman yang terbaik, gamepads tidak kurang hebatnya dan saya tidak nafikannya. Malah, terdapat permainan di luar sana di mana yang menjadikan gamepads terbaik. Sebagai contoh permainan yang melibatkan pemanduan.
Perasaan mengunakan keyboard adalah sangat berbeza berbanding menggunakan gamepad. Tidak boleh dinafikan lagi gamepads mendapat tempat di hati pemain yang bermain permainan yang melibatkan pemanduan.
Akhir kata dari saya, jika anda sedang mencari cara yang terbaik untuk mengawal permainan video dengan baik pada komputer anda, ia sudah duduk di depan anda. Saya percaya keyboard dan mouse membolehkan anda mengawal permainan dengan lebih baik.
Sekiranya anda mahu mengambil tahap yang seterusnya anda boleh sahaja mendapatkan keyboard dan mouse yang direka khas untuk permainan video tersebut.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan