3 Langkah Untuk Buang
Malware Dari Laptop
Malware
berasal daripada nama singkatan untuk malicious
software. Ia adalah sebuah perisian yang dicipta untuk mendapat akses
pada komputer kita dan juga merosakkan laptop dan juga sistem laptop.
Di
antara simptom-simptom yang menunjukkan bahawa laptop kita dijangkiti malware
adalah:
1.
Laptop menjadi lembab, walaupun dah clean-up dan upgrade
hardware.
2.
Keluar pop-up yang
bukan-bukan.
3.
Blue
Screen of Death (BSOD) kerap berlaku.
4.
Homepage browser
yang pelik.
Malware
ini adalah istilah umum kepada virus-virus komputer seperti trojan horses, ransomware, spyware,
adware, scareware dan pelbagai lagi.
Ia
mungkin hadir dalam pelbagai bentuk, sebagai contoh, program (*.exe) dan script. Kebiasaannya, malware ini menyamar sebagai
program setup perisian
dan juga permainan.
Program-program
yang boleh dimuat-turun daripada laman sesawang rasmi yang dibuat oleh
syarikat-syarikat besar, kadang-kala turut mengandungi malware untuk
mengumpulkan data-data pemasaran daripada pengguna.
CARA-CARA
UNTUK MEMBUANG MALWARE DARIPADA LAPTOP
1. Masuk ke dalam Safe Mode
Safe mode adalah salah satu ciri
keselamatan yang terdapat pada Windows. Safe mode ini
hanya menggunakan program dan servis yang minimum. Internet juga akan ditutup
ketika safe mode.
Untuk
Windows 7 atau 8:
1.
Boot laptop
anda.
2.
Tekan butang F8 beberapa kali sehingga keluar Advance
Boot Options.
3.
Pilih Safe mode dan tekan
butang Enter pada
papan kekunci.
Untuk
Windows 10:
1.
Tekan butang Start @ Windows.
2.
Kemudian pilih icon Power.
3.
Tekan dan hold butang Shift dan
kemudian pilih Restart.
4.
Apabila menu keluar, pilih Troubleshooting > Advance
Options > Startup Settings.
5.
Kemudian, tekan butang Restart.
6.
Seterusnya, pilih nombor 4 iaitu Safe mode.
2. Buang Temporary Files (fail
sementara)
Ketika
berada di dalam Safe mode, gunakan
perisian Disk Cleanup untuk
buang semua fail sementara, ini kerana kebanyakan malware berada di sini. Disk Cleanup juga menambahkan ruang
kosong pada cakera keras.
Untuk
melakukan Disk Cleanup pada
Windows 7:
·
Tekan butang Start.
·
Pergi ke All Programs > Accessories > System
Tools > Disk Cleanup.
Untuk
Windows 8, 8.1, 10:
·
Tekan butang Start.
·
Taip Disk Cleanup.
·
Pilih Free up disk space by deleting unnecessary
files.
Setelah
itu, ikut langkah ini:
·
Jika anda mempunyai beberapa partition cakera keras,
ia akan meminta anda untuk memilih cakera keras mana yang anda mahu cleanup. Pilih
pemacu C, kerana ini adalah storan utama anda.
·
Tanda fail-fail yang anda mahu buang. Semua fail yang di dalam
senarai bukan fail yang penting untuk laptop anda. Tekan butang Ok.
·
Tekan butang Delete files untuk
memulakan proses cleanup.
3. Menggunakan perisian pengimbas malware
Setelah
anda buang fail-fail sementara, seterusnya anda boleh teruskan dengan
penggunaan perisian pengimbas malware. Perisian antivirus tidak dapat mengesan
kesemua 100% jenis-jenis malware.
Gunakan Microsoft’s Malicious Software Removal Tool untuk
mencari dan membuang malware yang berada di dalam laptop anda.
Cara
penggunaan:
·
Tekan butang Windows dan butang R
pada papan kekunci.
·
Taip mrt dan tekan run untuk
membuka program Malicious Software Removal Tool.
·
Tekan butang Next.
·
Pilih Full scan untuk membuat
carian yang lebih menyeluruh pada laptop anda dan tekan butang Next.
·
Setelah proses pengimbasan selesai, tekan View
detailed results of the scan. Kemudian, tekan butang Finish.
Secara
ringkas, malware adalah sebuah perisian yang tidak patut berada didalam laptop
kita. Ia boleh mengganggu ketika kita sedang melakukan kerja menggunakan
laptop.
Dengan
langkah-langkah ini kita boleh mengelakkan kehilangan dan juga kerosakan fail
kita.
Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio
Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?
Anda boleh hubungi kami melalui:
Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:
KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS
Ez Bro
Ez Bro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan