Macbook Repair - Mecnote: 3 Aplikasi Alternatif untuk Windows Movie Maker

Cari Model Mac

Khamis, 14 Disember 2017

3 Aplikasi Alternatif untuk Windows Movie Maker

3 Aplikasi Alternatif untuk Windows Movie Maker



edapat banyak aplikasi untuk edit video percuma untuk windows di luar sana, jadi apa tunggu lagi dan tidak perlu menggunakan movie maker setiap masa. Anda boleh juga menggunakan aplikasi edit yang lain selain movie maker.
1.   SHOTCUT
Merupakan aplikasi open source percuma untuk video editing. Shotcut juga adalah cross platform, berguna jika anda perlu bertukar antara windows dan mac ataupun linux. Jadi anda boleh menggerakkan projek anda antara sistem operasi.
Bersama dengan pengeditan garis masa standard idustri. Aplikasi shotcut juga menyokong trimming, cut, copy anda paste, track mute, hide and locking, dan juga full history untuk membolehkan anda undo dan redo. Kesemua alat penyuntingan ini disertakan dengan pintasan papan kekunci.
Fail boleh di import dari hard drive, network drive, kad SD kamera, cloud storage, dan sebagainya ke dalam projek anda. Aplikasi shotcut juga menawarkan pelbagai video effect yang mengagumkan, seperti fades, wipes, blending modes, video filter dan speed effect.

2.   EZVID
Aplikasi Ezvid lebih dikenali sebagai alat tangkapan skrin, jadi anda mungkin tidak menyangkannya sebagai alternatif movie maker. Tetapi ia juga sebenarnya video editor. Apa yang lebih baik adalah ia tidak  terhad kepada klip video tangakap skrin dalam editor sahaja.
Untuk memulakan aplikasi ini, klik pada ikon jalur filem untuk menambah gambar dan klip video pada garis masa. Ini akan membolehkan anda untuk mengedit video anda, tetapi anda memerlukan aplikasi tambahan untuk crop klip tersebut. Terdapat juga pilihan untuk merakam audio, dan memberikan trek yang dirakam mempunyai kesan menarik.

3.   ANIMOTICA (WINDOWS 10)
Aplikasi Animotica sangat sesuai untuk peranti yang mempunyai touch skrin. Tetapi ia juga sesuai digunakan untuk desktop dan laptop biasa yang tidak menggunakan touch skrin.
Video dan foto boleh di edit bersama, tetapi terdapat beberapa effect yang dimasukkan. Warna boleh diselaraskan, video boleh diperlahankan atau dipercepatkan. Latar belakang kabur juga boleh ditambah pada video. Aplikasi ini juga mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan audio dan menambah gerakkan yang boleh dikonfigurasikan untuk effect pada foto.


Boleh dikatakan windows mempunyai banyak pilihan aplikasi penyuntingan video percuma di luar sana, dari sumber open source mahupun dari windows store segalanya di jari anda, cuma anda perlu cari yang mana yang sesuai dengan anda.





Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan