Macbook Repair - Mecnote: TIPS CAS MACBOOK/LAPTOP CEPAT PENUH !!

Cari Model Mac

Selasa, 28 November 2017

TIPS CAS MACBOOK/LAPTOP CEPAT PENUH !!

                                                   


Tidak mustahil untuk mengecas iPhone atau iPad anda dengan lebih cepat dengan menggunakan adapter yang mempunyai watt lebih tinggi, malangnya, cara ini tidak berhasil pada MacBook. Namun begitu, ada beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk cas cepat penuh .

Apple melalui laman sokongan rasminya menyatakan bahawa anda boleh menggunakan adapter dengan watt yang lebih tinggi selain dari adapter asal MacBook tersebut. Walaubagaimanapun, ianya tidak akan membuatkan cas cepat penuh .



Jom lihat jalan apa lagi yang anda ada.

1. Cas MacBook anda semasa ianya dimatikan atau pada mod tidur.

Bila berkesempatan, tutup MacBook anda atau letakkannya kedalam mod tidur supaya cas cepat penuh.

Diuji pada MacBook Pro 2016 15 inci, bateri boleh dicas dari 10% ke 100% tidak lebih dari 2 jam (semasa MacBook dimatikan). Manakala, dari 10% ke 100% memerlukan 3 jam lebih (semasa MacBook digunakan/dihidupkan)


2. Ubah tetapan anda agar cas cepat penuh.

Jika anda terpaksa menggunakan MacBook anda dan mahukan MacBook anda dicas penuh dengan secepat mungkin, cuba cara ini:
  • Klik pada ikon bateri di bar menu untuk melihat apa aplikasi atau tetapan yang menggunakan Significant Energy.
  • Rendahkan kecerahan skrin MacBook anda.
  • Tutup segala apps yang tak diperlukan.
  • Tutup Location Services.
  • Tutup Wi-Fi jika tidak digunakan.
  • Buang segala sambungan (contohnya external drive, USB flash drive, memori kad dan sebagainya)



Anda juga boleh periksa tetapan kuasa melalui Open Energy Save Preferences di bar menu. Pastikan Automatic graphics switching dan lain-lain pilihan dibawah diaktifkan. Ianya akan menolong MacBook anda cas penuh dengan segera mungkin.

Selepas semua tetapan dibuat, biasanya MacBook yang diuji hanya mengambil masa 2 jam 30 minit untuk dicas penuh.



3. Gunakan Solid State Drive (SSD)

Kebanyakan MacBook pelbagai versi yang lama masih menggunakan Hard Disk Drive (HDD). Jom lihat perbezaan HDD dan SSD.



HDD (Hard Disk Drive)SSD (Solid State Drive)
Kapasiti                           


                   
Boleh didapati dari 320GB hingga ke 2TB.Sukar mendapatkan kapasiti yang tinggi. 256GB adalah kapasiti paling tinggi untuk SSD bersaiz 2.5 inci
Kelajuan Read/WriteDalam lingkungan dari 50 - 120MB/sSelalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih
EncryptionFull Disk Encryption (FDE) pada sesetengah modelFull Disk Encryption (FDE)
HargaHDD bersaiz 3.5 inci lebih murah dari 2.5 inci.
Contoh : RM1 = 1GB
Lebih mahal jika dibandingkan dengan HDD.
Contoh : RM10 = 1GB
BunyiKadang-kadang ianya menghasilkan bunyi putaran.Tiada bunyi yang dihasilkan.
Kadar Kegagalankadar kegagalan kira-kira 1.5 juta jam atau lebihkadar kegagalan kira-kira 2.0 juta jam atau lebih
Terjejas Dengan MagnetMagnet boleh memadam dataSelamat dari sebarang magnet
Penggunaan KuasaMenggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri.Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit.
Permintaan DipasaranMudah didapati dan terdapat pelbagai pilihanSukar untuk didapati. Mungkin lebih mahal dari biasa.
Kelajuan Membuka/Membaca FailPerlahan daripada SSDSehingga 30% lebih cepat daripada HDD
Jangka Masa Boot Windows 7Secara purata selama 40 saat atau lebih.Secara purata selama 30 saat atau kurang bergantung pada prestasi komputer.
Kadar HabaTidak menghasilkan haba yang tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen yang berputarMasih menghasilkan haba tetapi tidak terlalu tinggi.
Jika dilihat pada jadual ini, jelas menyatakan bahawa penggunaan kuasa SSD sangat rendah berbanding HDD. Cara nak tukar HDD kepada SSD? Sila hubunggi abg job di MACNOTE STUDIO UIA GOMBAK.


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop?

  • Slow
  • Rosak

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. dengan menggunakan TIPS di atas  anda akan dapat menggunakan macbook/laptop anda dengan lebih lama.

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:


1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Penulis 
Zulhilmi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan