Macbook Repair - Mecnote: CARA MENJAGA BATERI MACBOOK

Cari Model Mac

Khamis, 16 November 2017

CARA MENJAGA BATERI MACBOOK

Jika anda baru memiliki macbook apa yang perlu anda ketahui ialah cara untuk menjaga bateri macbook anda supaya tahan lebih lama. Di sini kami akan berkongsi tips bagaimana untuk menjaga bateri macboook anda.

Bagi yang baru memiliki macbook anda dinasihatkan untuk charge bateri anda selama lebih daripada 8 jam. langkah awal ini adalah sangat penting (untuk semua pengguna baik laptop atau macbook) untuk memastikan bateri anda di charge sepenuhnya mengikut kapasiti bateri anda. Sebagai contoh macbook pro 13" boleh di charge sehingga 5770 mAh. Sekiranya anda tidak melakukan langkah ini berkemungkinan 'health' bateri anda akan menurun.

Seterusnya ialah cara penggunaan seharian kita. Semasa menggunakan macbook anda boleh charge bateri anda sehingga penuh (100%) dan gunakan sehingga 1 hingga 2 jam selepas bateri penuh di charge. Kemudian discharge dan guna sehingga 20% atau warning merah keluar dan charge semula. Begitulah pusingan penggunaan macbook amalkan agak bateri akan tahan lama. Tidak digalakkan charge bateri macbook anda sekiranya tidak di gunakan atau dalam keadaan shut down. Pasanglah apa-apa aplikasi seperti iTune jika anda hendak charge macbook anda.

Apa yang perlu anda lakukan seterusnya ialah kalibarasi bateri (calibration battery) macbook. Ikuti langkah-langkah berikut untuk kalibrasi bateri macbook anda.



  1. Pertama sekali ialah charge bateri macbook anda sehingga penuh 100%.

  2. Selepas penuh biarkan macbook dalam keadaan di charge selama 2 jam. Anda boleh gunakan macbook anda dalam waktu ini.

  3. Selepas 2 jam dalam keadaan AC mode..lepaskan charger dan gunakan macbook anda menggunakan bateri. Gunakan sehingga bateri habis sepenuhnya sehingga skrin gelap/hitam (istilah macbook : deep sleep). Pastikan anda setting ke System Pref--> Energy Saver--> Setting Monitor and Cpu Never sleep (supaya Macbook tidak  sleep semasa proses ini).

  4. Apabila indikator bateri menunjukkan warna merah, pastikan anda save file anda kerana macbook akan sleep dengan sendirinya.

  5. Semasa proses deep sleep ini biarkan macbook anda selama 5 jam atau lebih.

  6. Selepas 5 jam charge semula macbook anda sehingga penuh 100%. Semasa proses ini berlaku anda boleh menggunakan macbook anda.  Selesai.


Sumber Daripada: bloganjangman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan