Macbook Repair - Mecnote: 7 Tanda Laptop Anda Perlu Buat Servis Dust Cleaning

Cari Model Mac

Khamis, 30 November 2017

7 Tanda Laptop Anda Perlu Buat Servis Dust Cleaning

7 Tanda Laptop Anda Perlu Buat Servis Dust Cleaning

 

Ramai diantara kita yang tidak tahu apa tanda-tanda yang laptop anda dah sampai masa perlu buat dust cleaning. Kali ini saya akan kongsikan pada anda 7 tanda laptop anda perlu buat servis clean dust.
Sebenarnya terdapat beberapa sebab tertentu, mari lihat apakah tanda-tanda yang boleh di lihat.
1. GUNA LAPTOP LEBIH DARI 2 TAHUN
Satu situasi dimana laptop anda telah berusia lebih kurang 2 tahun. Dalam tempoh penggunaan ia telah terdedah dengan habuk-habuk yang kecil dan lama-kelamaan ianya berkumpul dan menjadikannya lebih banyak dan tebal.
2. KIPAS LAPTOP BERFUNGSI DENGAN PERLAHAN
Situasi dimana anda ON laptop tersebut dan mendapati kipas pada laptop anda berfungsi dengan perlahan. Ini disebabkan banyak habuk-habuk yang telah lama terkumpal pada kipas anda lalu menyebabkan kipas itu berjalan dengan perlahan.
3. LAPTOP BERHABUK DAN BERDEBU
Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting terhadap keadaan laptop anda. Sebagai contoh menggunakan laptop di kawasan yang berdebu dan berhabuk adalah tidak elok. Ini kerana lebih cepat habuk terkumpul ke laptop anda berbanding di tempat yang lebih kondusif.
4. SUHU DAN HABA DARI LAPTOP, PANAS DARI YANG BIASA
Kebiasaannya anda sendiri yang akan perasan sekiranya berlaku perubahan pada laptop anda walaupun sedikit. Ini kerana kekerapan anda menggunakan laptop tersebut untuk melakukan tugas dan walaupun berlaku sedikit perubahan anda akan perasan sebagai contoh laptop anda panas dari biasa.
5. KIPAS LAPTOP BERBUNYI
Kedengaran bunyi bising atau pelik di bahagian kipas laptop anda? Faktor yang menyebabkan masalah ini berkemungkinan disebabkan ada sesuatu bergesel dengan kipas laptop tersebut. Sebagai contoh gumpalan habuk yang terlalu tebal dan bergesel dengan habuk atau pun bilah kipas patah.
6. THERMAL PASTE KERING
Thermal paste juga menjadi faktor yang menyebabkan laptop panas. Ini kerana tujuan thermal paste adalah untuk disapukan di bahagian gpu dan cpu, bertujuan untuk menyejukkan komponen laptop anda. Alang-alang anda buat clean dust periksa thermal pasta itu ok lagi ke tak.
7. LAPTOP KERAP TERPADAM SELEPAS DIGUNAKAN 30 MINIT KE 1 JAM
Pernah tak anda ON laptop, dan dalam masa 30 hingga 60 minit penggunaan tiba-tiba laptop anda terpadam secara mengejut walaupun anda menggunakan bateri laptop dan masih ada kuasa pada bateri tersebut. Ini mungkin disebabkan laptop anda dah lama tak servis dan bila terlampau panas laptop akan terpadam.
Demikian 7 laptop anda perlu melakukan servis clean dust yang dapat dikongsikan dan menjadi rujukan kepada anda.  Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada  semua.

 


Credit : frlaptopservice


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez bro Zubair

Tiada ulasan:

Catat Ulasan