Mecnote : Ciri tersembunyi aplikasi Safari

Cari Model Mac

Sunday, 4 March 2018

Ciri tersembunyi aplikasi Safari

Simpan laman web kegemaran anda dalam format fail PDF dengan aplikasi pelayar web Safari.

Baik, tips ni kalau nak diikutkan bukanlah tips tersembunyi pun. Cuma mungkin anda tidak perasan dengan kewujudan fungsi yang ada pada aplikasi pelayar web Safari ni. Terdapat satu ciri istimewa yang ada pada aplikasi Safari ini iaitu pengguna boleh menyimpan sesebuah laman muka web yang disukai dalam format fail PDF.

Sebagai contoh anda melayari laman web Apple di bahagian laman muka produk Mac dengan menggunakan aplikasi Safari. Anda mungkin tidak sempat baca atau ingin menyimpan laman muka tersebut ke dalam Mac anda untuk dibaca kemudian secara offlinenanti. Kebiasaannya, jika anda ingin menyimpan sesebuah laman muka web, anda mungkin akan menggunakan cara Save As. Tetapi sebenarnya terdapat cara yang lebih menarik untuk simpan sesebuah laman muka iaitu dengan mengekspot laman muka web tersebut terus ke format fail PDF.

File – Export as PDF…

Ciri ini buat masa ini hanya ada pada aplikasi pelayar web Safari di macOS dan Windows sahaja (ciri ini tiada pada Safari dalam peranti iOS) dan masih belum ada pada pelayar web yang lain. Pelayar web seperti Google Chrome dan Opera hanya ada fungsi simpan laman muka web dengan cara Save Page As… sahaja.


Cara biasa yang digunakan untuk simpan laman muka web, Save Page As…

sumber : ariffmac.com




Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.








Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS