Mecnote : Microsoft melancarkan Office for iPad – Download Word, Excel, Powerpoint untuk iPad sekarang

Cari Model Mac

Thursday, 28 December 2017

Microsoft melancarkan Office for iPad – Download Word, Excel, Powerpoint untuk iPad sekarang

Microsoft melancarkan Office for iPad – Download Word, Excel, Powerpoint untuk iPad sekarang


Spekulasi bahawa Microsoft akan melancarkan aplikasi Office untuk iPad sudah banyak kali diperkatakan sejak tahun lepas lagi, dan akhirnya, ia disahkan sendiri oleh CEO Microsoft iaitu Satya Nadella pada awal pagi tadi (28 Mac 201).
Secara rasminya, Microsoft telah melancarkan aplikasi Microsoft Office untuk iPad dan ia merangkumi empat aplikasi iaitu Word for iPadExcel for iPadPowerpoint for iPad dan juga OneNote for iPad.
Menariknya, keempat-empat aplikasi Office iPad sudah boleh dimuat turun secara percuma dari App Store bermula hari ini juga.
Dari segi rekaan dan fungsi, Microsoft Office for iPad mempunyai rekaan yang bersih dan moden mirip kepada Office 2013/Office 365 untuk desktop dan web. Dari segi fungsi, Microsoft Office for iPad mempunyai fungsi asas, walaupun tidak setanding dengan Office desktop namun sudah cukup memadai untuk kegunaan kasual.
Screenshot dan Download Link Microsoft Office iPad
Percuma namun bukan semua
Walaupun aplikasi Office for iPad adalah percuma, namun fungsi editing seperti menaip dokumen, menyiapkan slideshow presentation dan membuat formula dan kira-kira dalam Excel adalah eksklusif kepada pelanggan Microsoft Office 365 sahaja.
Bagi pengguna yang tidak melanggan Office 365, kegunaan Office for iPad adalah terhad kepada viewing dan presentation sahaja.
Bagi pelajar kolej dan universiti, sekiranya universiti anda menyediakan khidmat Office 365 anda boleh gunakan ID Microsoft Account untuk mengaktifkan fungsi editing pada Office iPad.
Dan sekiranya anda bukan pelajar, anda boleh memilih untuk melanggan Microsoft Office 365 samada melalui langganan online atau membeli pakej DVD.
Office di mana sahaja (Office Everywhere)
[Youtube]frpsGFQ4AIY[/Youtube]

Microsoft Office untuk iPad merupakan salah satu strategi Microsoft untuk meluaskan pasaran aplikasi Office selain di platform Windows, Mac dan Web. Ianya juga bertujuan bagi menarik lebih ramai pelanggan Office 365 di mana mereka boleh menggunakan Office di mana sahaja sehingga lima peranti bagi bayaran secara bulanan atau tahunan.
Office iPad juga merupakan alternatif dan cabaran terbaik kepada aplikasi Apple iWork dan Google QuickOffice yang turut ditawarkan secara percuma di App Store. Diharapkan Apple dan Google boleh bangkit melawan strategi dominasi oleh Microsoft dan competition sangat diharapkan, kerana, akhirnya pengguna yang untung.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro