Mecnote : Firefox Kelak Akan Melabelkan Laman-Laman Yang Pernah Digodam

Cari Model Mac

Friday, 22 December 2017

Firefox Kelak Akan Melabelkan Laman-Laman Yang Pernah Digodam

Firefox Kelak Akan Melabelkan Laman-Laman Yang Pernah Digodam

Mozilla baru-baru ini telah memperkenalkan nafas baru untuk pelayar web Firefox mereka, iaitu Firefox Quantum. Ia kini beroperasi lebih pantas, menggunakan memori yang rendah, serta menawarkan antaramuka moden.
Selain daripadanya, Mozilla turut dilihat ingin menambah beberapa ciri-ciri baru pada pelayar web mereka. Kini, Mozilla dilihat bekerjasama dengan laman “Have I Benn Pwned” dan kelak akan memaparkan notifikasi sekiranya anda sedang melayari sesuatu laman yang pernah digodam.
Dengan integrasi ini, ia akan memberitahu pengguna mengenai sama ada sesuatu laman berkenaan pernah digodam – dan adakah mereka ingin terus melayarinya. Selain pada masa yang sama memberikan lebih tekanan kepada sekuriti sesuatu web supaya ia terus ditambah-baik.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin akan diintegrasikan pada pelayar web Firefox dalam beberapa minggu atau bulan lagi.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro