Macbook Repair - Mecnote: Apple Mengemaskini Keluarga MacBook Dan MacBook Pro Dengan Cip Intel Terkini

Cari Model Mac

Khamis, 30 November 2017

Apple Mengemaskini Keluarga MacBook Dan MacBook Pro Dengan Cip Intel Terkini

Bersama-sama kemaskini untuk iMac, pihak Apple juga turut tidak ketinggalan dalam memperkenalkan kemaskini untuk penawaran komputer riba mereka, iaitu MacBook dan juga MacBook Pro.

MacBook
MacBook merupakan model komputer riba bersaiz 12-inci daripada Apple, dimana ia menawarkan rekaan yang nipis, serta penawaran penggunaan bateri sepanjang hari. Kini, MacBook hadir dengan cip pemprosesan Kaby Lake sehingga Core i7 1.3Ghz, dan pada masa yang sama menawarkan storan SSD lebih 50% pantas berbanding sebelumnya. Apple turut mengatakan kini ia menyokong memori sehingga dua kali ganda berbanding sebelumnya.
Di Malaysia, MacBook boleh didapati dalam dua variasi, iaitu model 256GB pada harga RM5499, dan model 512GB pada harga RM6699.
Selain MacBook, Apple juga turut mengemaskini MacBook Pro 13-inci dan juga 15-inci, dimana kedua-duanya juga kini turut hadir dengan cip pemprosesan Kaby Lake terkini. Model 15-inci juga kini hadir dengan penawaran grafik yang lebih baik melalui penggunaan kad grafik Radeon Pro padanya.
MacBook Pro versi 130inci ditawarkan pada harga bermula RM5999, sementara model 15-inci dengan Radeon Pro 555 dan 256GB storan pada harga RM10799, dan menggunakan Radeon Pro 560 dan storan 512GB pada harga RM12,499.
Akhir sekali, Apple turut tidak melupakan MacBook Air, dan telah mengemaskini model 13-inci berkenaan dengan cip 1.8Ghz.
sumber: amanz.my

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. dengan menggunakan TIPS di atas  anda akan dapat menggunakan macbook/laptop anda dengan lebih lama.

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                        

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan