Mecnote : 7 Cara Penjagaan Laptop Selepas Clean Dust

Cari Model Mac

Thursday, 30 November 2017

7 Cara Penjagaan Laptop Selepas Clean Dust

7 Cara Penjagaan Laptop Selepas Clean Dust

 


Kali ini saya nak kongsikan 7 tips penjagaan laptop selepas clean dust. Ada beberapa tips yang boleh dilakukan selepas clean dust. Mari lihat beberapa tips tersebut yang akan di kongsikan bersama.
1. SERVIS CLEAN DUST & TUKAR THERMAL PASTE 6 BULAN SEKALI
Tujuan untuk melakukan servis 6 bulan sekali, ialah untuk mengelakkan kipas laptop penuh dengan gumpalan habuk  dan menukar thermal paste sekiranya ia sudah kering.
2. JANGAN GUNA LAPTOP DI KAWASAN YANG PANAS
Jangan menggunakan laptop di kawasan yang panas atau bersuhu panas. Ini kerana laptop dan komponen laptop sangat sensitif dengan suhu yang malampau panas. Seperti yang anda tahu suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop anda.
3. ELAK DARI GUNA LAPTOP TERLALU LAMA
Selepas melakukan servis kalau boleh elak dari ON laptop anda straight 5 jam ke atas tanpa henti. Kalau boleh OFF dahulu dalam 30 minit untuk komponen laptop dan laptop sejuk, selepas itu nak sambung guna laptop pun tak apa.
4. JAUHI PERSEKITARAN YANG BERHABUK DAN BERDEBU
Yang ini kalau boleh elakkan lah ye. Bukan apa, yelah dah penat buat sevis janganlah guna laptop kat kawasan persekitaran macam ini. Tak pasal-pasal nanti sekejap ke laptop tu berhabuk balik, dengan cepat. Gunakan laptop di kawasan yang sesuai untuk mengelakkan perkara seperti ini.
5. JANGAN MAIN LAPTOP ATAS PERMUKAAN FABRIK
Yang ini ramai yang suka lakukan, bermain laptop di  atas katil, tilam, bantal dan lain-lain sebab ia menghalang laluan udara. Sekiranya ini berlaku laptop akan cepat panas dan kemungkinan thermal paste untuk kering dan menyebabkan overheating
6. GUNAKAN DIRECT FAN
Kalau nak lebih baik lagi, gunakan fan tambahan dengan menyambungkan pada usb laptop anda dan fan itu akan berfungsi sebagai fan kedua yang membantu laptop anda dari cepat panas. Nak guna kipas biasa pun boleh, Cuma hala kipas tu ke laptop anda.
7. GUNA LAPTOP DI KAWASAN YANG BERANGIN ATAU SEJUK
Sebagai contoh di bilik yang mempunyai kipas, bertingkap atau bilik yang mempunyai penghawa dingin. Perkara ini dapt membantu anda untuk memanjangkan jangka hayat laptop anda. Laptop yang dijaga dengan baik akan mengembirakan tuannya sendiri.


Credit : frlaptopservice


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez bro Zubair