Macbook Repair - Mecnote: PANDUAN MEMASANG SSD DI KOMPUTER ANDA

Cari Model Mac

Jumaat, 22 Disember 2017

PANDUAN MEMASANG SSD DI KOMPUTER ANDA

Dalam artikel sebelum ini, saya mengulas sedikit mengenai Solid State Drive (SSD) dan kelebihannya berbanding hard disk biasa. Kali ini saya akan jelaskan sedikit mengenai tips dan cara pasang ssd di komputer desktop dan juga laptop.
Untuk mendapatkan kelajuan penuh SSD sehingga Read/Write 600 MB/s, pastikan motherboard komputer anda menyokong port SATA 3.0. Kebanyakan komputer model lama menggunakan port SATA 2.0 mempunyai kelajuan maksimum Read/Write 300 MB/s sahaja. Jadi, walaupun anda membeli model SSD yang mahal, jika komputer itu hanya ada port SATA 2, maka anda hanya dapat separuh daripada kelajuan sebenar SSD itu.
check kelajuan sata
Untuk mengetahui komputer anda mempunyai port SATA 2.0 atau SATA 3.0, anda boleh cuba perisian CrystalDiskInfo. Lihat pada Transfer Mode, SATA/600 bermaksud SATA 3.0 dan SATA/300 bermaksud SATA 2.0.

CARA PASANG SSD DI KOMPUTER ANDA

cara pasang ssd
Kebanyakan casing baru didatangkan dengan slot untuk 2.5″ drive dan boleh terus pasang SSD di slot tersebut. Casing yang saya guna ialah NZXT S340 dan didatangkan dengan dua slot untuk 2.5″ drive.
pasang bracket ssd desktop
Jika casing komputer hanya mempunyai slot untuk hard disk saiz biasa (3.5″) anda perlukan bracketuntuk memasang SSD. Sesetengah pengeluar SSD menyertakan bracket percuma dalam kotak SSD manakala bagi SSD yang tiada bracket, anda perlu beli sendiri di kedai komputer.
 pasang ssd bracket laptop
Untuk pemasangan di laptop, pastikan laptop anda menyokong penukaran hard disk (hard disk replacement). Contohnya, laptop Asus adik saya hanya perlu buka 2 skru di bahagian belakang laptop untuk cabut hard disk lama dan ganti dengan SSD. Masukkan SSD baru ke dalam slot hard disk lama dan kemudian boleh install kembali Windows.

samsung 850 msata ssd
SSD juga ada pelbagai form factor lain seperti mSATA yang bersaiz lebih kecil berbanding SSD bersaiz 2.5″. Jika komputer atau laptop anda mempunyai slot untuk mSATA, anda boleh membeli SSD jenis mSATA.
samsung 950 pro m.2
M.2 SSD merupakan versi SSD paling terkini dan mempunyai kelajuan Read/Write sehingga 2200 MB/s. Anda perlukan processor dan motherboard model terkini yang menyokong port dan kelajuan penuh M.2 SSD. Saya bercadang untuk beralih kepada M.2 SSD untuk merasai kelajuan nya..
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014
                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan