Mecnote : THUNDERBOLT SERVICE

Cari Model Mac

Wednesday, 14 November 2018

THUNDERBOLT SERVICE


(SOLVED) SERVICE THUNDERBOLT MODEL A1407


Thunderbolt adalah jenama antara standard antara muka perkakasan yang dibangunkan oleh Intel (dengan kerjasama Apple) yang membenarkan sambungan peranti luaran ke komputer. Thunderbolt 1 dan 2 menggunakan penyambung yang sama seperti Mini DisplayPort (MDP), sedangkan Thunderbolt 3 menggunakan USB-C. Ia pada mulanya dibangunkan dan dipasarkan di bawah Light Peak, dan pertama kali dijual sebagai sebahagian daripada produk pengguna pada 24 Februari 2011.

Thunderbolt menggabungkan PCI Express (PCIe) dan DisplayPort (DP) menjadi dua isyarat bersiri, dan juga menyediakan kuasa DC, semuanya dalam satu kabel. Sehingga enam peranti boleh disokong oleh satu penyambung melalui pelbagai topologi.

Kali ini kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana service pada thunderbolt iaitu membuang habuk atau debu



Proses membuka sama sahaja seperti IMAC cuma perbezaan thunderbolt ini tidak mempunya HDD, CD-Rom, Ram kerana thunderbolt ini hanyalah monitor..


Tengok betul-betul habuk yang menyerang pada komponen-komponen thunderbolt



 Leraikan fan/kipas thunderbolt pada posisinya kerana ianya akan membuat proses cuci lebih bersih, fan/kipas ini boleh berlakunya kerosakkan andaikata habuk tidak dibersihkan






Anda boleh cuci mengunakkan berus tetapi jika mahu kebersihan yang maximum, semburkan angin (blow) pada seluruh komponen-komponen thunderbolt



Setelah proses mencuci selesai, pasangkan kipan/fan ke tempat asal tetapi pastikan cable fan dipasangkan dengan betul pada board thunderbolt.. Baru rasa puas hati, bersihkan? Nak buat kerja pun senang hati J..





Macnote Studio Seri Kembangan 

Lot G - 45 , Bazar Rakyat PKPS

Jalan Putra Permai 5/4

Bandar Putra Permai

43300 Seri Kembangan Selangor

Waze  : Bazar Rakyat PKPS

Google Maps : Bazar Rakyat PKPS

Email : macbookstationsk@gmail.com

Phone : 0389382344 

Hp : 0105267005

Landmark : Cari Hotel M design ( Tengok Gambar Di atas ) 

Waktu Operasi : Isnin - Ahad ( 10.00 am - 9.00pm ) di buka setiap hari