Macbook Repair - Mecnote: Cara memilih tetikus yang perfect untuk anda

Cari Model Mac

Rabu, 20 Jun 2018

Cara memilih tetikus yang perfect untuk anda

CARA MEMILIH TETIKUS (MOUSE) YANG SESUAI UNTUK ANDA

Adakah anda masih menggunakan tetikus yang sedia ada semasa membeli komputer? Ataupun anda membeli tetikus yang baharu tetapi tidak sesuai untuk anda? Ini adalah cara-cara yang betul untuk membeli tetikus baru yang sesuai untuk anda.

Saiz dan Bentuk

Ya. Saiz dan bentuk sebuah tetikus memainkan peranan terhadap kesesuaian anda. Cara cengkaman anda terhadap tetikus hendak serasi dengan stail anda semasa membuat kerja. Antara bentuk-bentuk cengkaman nya adalah :-

1. Cengkaman Tapak Tangan 


Cara ini kebiasaannya menggunakan seluruh tapak tangan untuk memakai tetikus. Cara ini amatlah sesuai untuk seseorang yang mementingkan kepantasan tetapi kekurangnya adalah ketepatan semakin rendah. Tetikus yang mempunyai cengkaman sebegini tidak sesuai untuk pemain online yang tegar.

2. Cengkaman Cakar


Cengkaman ini mendapat namanya daripada cara anda menggunakan tetikus. Cara ini kebiasaannya lebih tepat berbanding cengkaman tapak tangan akan tetapi cara ini juga akan membuatkan tangan anda bekerja lebih keras lalu menyebabkan kesakitan. Oleh sebab itu terdapat beberapa tetikus yang sedia ada di pasaran yang sesuai untuk cengkaman ini.

3. Cengkaman Hujung Jari


Cengkaman ini kebiasaannya digunakan oleh orang-orang yang kuat tangannya kerana cara ini amatlah meletihkan untuk tangan anda. Walau bagaimanapun cara ini sesuai untuk seseorang yang ingin ketepatan seratus peratus semasa membuat kerja

Wayar atau Tanpa Wayar (Wireless)

Secara keseluruhannya, tetikus tanpa wayar amatlah selesa untuk anda kerana tidak ada wayar yang boleh kacau penumpuan anda.
Walau bagaimanapun tetikus tanpa wayar kadang kala akan ada gangguan dengan barang-barang elektronik tanpa wayar yang lain.
Tetikus tanpa wayar juga memerlukan bateri. Disebabkan ini, anda haruslah bersedia untuk membekalkan beberapa bateri untuk tetikus anda.

Butang Tambahan

Dengan adanya butang tambahan, anda boleh lebih pantas meneroka browser anda ataupun menggunakan fungsi seperti Mac OS X Expose. Sesetengah tetikus seperti Logitech juga mempunyai fungsi seperti "fast scroll" yang boleh membuatkan anda meneroka browser atau file anda lebih pantas mengikut momentum anda.

Sensitiviti
Jika anda seorang pemain online yang tegar ataupun pereka grafik, sudah semestinya anda memerlukan sebuah tetikus yang tinggi sensitivitinya. Hal ini kerana sensitiviti yang tinggi akan mempunyai ketepatan yang lebih tinggi semasa ingin membuat kerja ataupun bermain permainan online. 

Sensitiviti selalunya dikira sebagai dots per inch (DPI). Kebanyakkan tetikus yang canggih dilengkapi dengan sensitiviti yang tinggi iaitu 1200 DPI atau lebih. Sesetengah tetikus juga mempunyai butang yang boleh tukar ke sensitivi yang lebih tinggi atau rendah mengikut kesesuaian anda,


Semoga tips ini dapat membantu anda. 


Jangan lupa share ya.









Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan