Macbook Repair - Mecnote: 34 tahun yang lalu Steve Jobs perkenalkan komputer Apple Macintosh pertama

Cari Model Mac

Sabtu, 3 Mac 2018

34 tahun yang lalu Steve Jobs perkenalkan komputer Apple Macintosh pertama


Komputer peribadi pertama dari Apple, Macintosh 128K diperkenalkan oleh Steve Jobs pada 24 Januari 1984.

Secara rasminya, produk pertama Apple yang direka dan dipasang sendiri oleh Steve Wozniak adalah Apple 1 yang dihasilkan pada April 1976. Steve Jobs pula adalah mastermind bagi memasarkan komputer tersebut. Tetapi ia bukanlah sebuah Mac.

Komputer peribadi Apple Macintosh pertama yang dilengkapi dengan grafik antaramuka pengguna hanya diperkenalkan 8 tahun selepas itu iaitu pada 24 Januari 1984. Komputer Apple Macintosh tersebut dikenali sebagai Macintosh 128K.

Steve Job bersama Macintosh 128K. Kredit foto History Time.

Reka bentuk Macintosh 128K sangat ringkas dengan bentuk kotak 4 segi berwarna Beige sebagai pusat komputer utama yang dilengkapi dengan skrin CRT hitam putih bersaiz 9″ (512×342) 72 ppi, dengan slot pemacu floppy 3.5″ 400 KB dan pembesar suara (8-bit 22-kHz) terbina dalam. Ia turut didatangkan bersama aksesori papan kekunci dan tetikus butang tunggal.


Macintosh 128K merupakan komputer peribadi pertama yang menggunakan pemacu floppy 3.5″ 400KB. Kredit foto SHERVE PRIGENT.

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Motorola 68000, 8 MHz sahaja bersama perkakasan memori terbina dalam 128KB (boleh dinaik taraf sehingga 1MB bagi Macintosh Plus 1 Mb Logic Board Kit). Tetapi ia tidak mempunya ruang storan HDD atau menggunakan sebarang kad grafik ketika itu. Sistem operasinya pula menggunakan Macintosh System Software (System 1.0, Finder 1.0).

Sambungan yang terdapat pada Macintosh 128K ini pula adalah 2x sambungan RS-422 dan 1x sambungan DE-9.


Macintosh 128K mempunyai bateri backup Alkaline 4.5 V terbina dalam. Kredit foto: HERVE PRIGENT

Harga jualan Mac pertama ini ketika ia diperkenalkan adalah berharga USD2,495 untuk pasaran US. Model ini telah ditamatkan pengeluarannya pada Oktober 1985 dan ia telah disenaraikan sebagai produk usang oleh Apple.

Selepas 34 tahun ia diperkenalkan, Macintosh telah mengalami pelbagai evolusi dan ia merupakan platfom kepada penghasilan Mac yang seterusnya seperti iMac, eMac, dan iMac Pro.

Malah antaramuka sistem operasi Macintosh pertama ini juga merupakan pencetus kepada desain antaramuka bagi sistem operasi Microsoft Windows versi ke empat. Malah boleh dikatakan ia perupakan pencetus inspirasi kepada desain antaramuka bagi sistem komputer moden secara keseluruhan.

sumber : ariffmac.com


Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.








Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan