Mecnote

Cari Model Mac

Friday, 9 February 2018

Pengenalan PHP

Image result for php


Sejarah
PHP (PHP: Hypertext Preprocessor) yang ada sekarang adalah pengganti produk PHP/Fi (Form Interpreted) yang dicipta oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1995. PHP pada masa tersebut adalah satu set mudah Common Gateway Interface (CGI) binari yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan C. Boleh rujuk http://php.net/manual/en/history.php.php untuk maklumat lanjut berkaitan sejarah PHP.
PHP stable release yang ada sekarang adalah PHP 5 yang telah dikeluarkan pada tahun 2004. Versi stable terkini (semasa artikel ini ditulis) adalah 5.6.x. Namun begitu versi akan datang yang akan dikeluarkan adalah PHP 7. Ini kerana pada versi PHP 5.3 telah berlaku perubahan yang besar dalam pembangunan PHP dan telah dianggap sebagai versi 6. Boleh rujuk https://wiki.php.net/rfc/php6 untuk maklumat lanjut berkaitan perkara ini.

Prasyarat
Sebelum mempelajari PHP, pengaturcara digalakkan mempunyai/memahami sekurangnya pengetahuan asas (mengikut keutamaan)
  • HTML
  • Elemen asas aturcara
    1. Constant (pemalar)
    2. Variable (pembolehubah)
    3. Data Type (jenis data)
    4. Operator (operasi asas matematik)
    5. Control Structures (Struktur Kawalan)
  • CSS
  • Javascript

Image result for php
Kenapa guna PHP
Mengikut kata Rasmus (pencipta PHP) dalam temuramah yang boleh didapati di http://www.sitepoint.com/phps-creator-rasmus-lerdorf/
“In the end, what I think set PHP apart in the early days, and still does today, is that it always tries to find the shortest path to solving the Web problem. It does not try to be a general-purpose scripting language and anybody who’s looking to solve a Web problem will usually find a very direct solution through PHP. Many of the alternatives that claim to solve the Web problem are just too complex. When you need something up and working by Friday so you don’t have to spend all weekend leafing through 800-page manuals, PHP starts to look pretty good.”
Sebenarnya PHP bukanlah bahasa pengaturcaraan yang terbaik, tetapi dalam situasi yang memerlukan cara yang cepat dan tidak kompleks untuk menyelesaikan masalah berkaitan web, PHP merupakan salah satu pilihan terbaik. Pengaturcara boleh terus masuk di mana-mana dan selesaikan masalah. Sebenarnya dari sinilah pengaturcara berkembang walaupun sebenarnya ada konsep yang diadaptasi dari bahasa pengaturcaraan yang lain.
1. Mahu menggunakan procedural code?
Boleh. Terutamanya bagi mereka yang telah lama terlibat dalam bidang pengaturcaraan sejak awal 90-an. Biasanya dari procedural akan berkembang kepada object oriented kerana kebiasaannya manusia akan mencuba sesuatu yang baru. Jika mahu gunakan object oriented, telah diwujudkan Standard PHP Library (SPL) sejak versi PHP 5. Amat mudah digunakan untuk pengurusan class, method dan object walaupun banyak perdebatan mengenai adakah PHP ini benar-benar object oriented atau object capable.

2. Mahu menggunakan Test Driven Development (TDD)?
Boleh. TDD sebenarnya merupakan satu proses pengulangan penulisan aturcara untuk mengelakkan rasa takut menghasilkan satu fungsi yang tidak tepat atau salah. Biasanya pada permulaannya kod yang dihasilkan akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat dan dari situ pengaturcara akan mengulang menulis aturcara untuk menghasilkan output yang dikehendaki. Sebenarnya ia menggalakkan kod itu disemak secara konsisten. Biasanya ia akan berkembang kepada penggunaan Codeception (Behaviour Driven Development – BDD) dan PHPUnit.
3. Mahukan  standard atau kod berkualiti?
Boleh. Bagi yang biasa dengan kualiti atau standard, ianya sebanrnya adalah kaedah mengukur, bukannya objektif atau matlamat. Secara teorinya standard boleh ditentukan sendiri atau organisasi jika mahu. Tetapi seperti kualiti atau standard yang lain seperti SIRIM yang mempunyai standard ISO seperti 9001:2008 dan sebagainya, PHP sendiri telah mempunyai kumpulan yang menetapkan kualiti kod iaitu Framework Interop Group yang mencadangkan penggunaan PHP Standards Recommendation (PSR). Pada ketika artikel ini ditulis telah ada lima (5) PSR iaitu PSR-0 sehingga PSR-4 dan yang aktif digunakan adalah PSR-1 hingga PSR-4 (PSR-4 telah menggantikan PSR-0)
4. Mahu membuat pakej kod sendiri?
Boleh. Kebiasaanya pengaturcara yang banyak terlibat dengan sesuatu projek atau sistem akan menggunakan semula kod yang telah ditulis sebelum ini atau copy paste dari mana-mana pengaturcara yang mengongsikannya. Untuk proses yang digunakan secara berulangkali biasanya akan berkongsi kod fungsi yang sama. Biasanya pengaturcara tidak akan menulis kod aturcara yang sama berulangkali untuk digunakan untuk kegunaan fungsi yang berbeza. Untuk membina/mencipta fungsi ini, biasanya akan melibatkan penggunaan satu atau lebih file dan mungkin boleh menggunakan satu atau lebih folder. Struktur file dan folder ini biasanya dinamakan pakej. Biasanya pengaturcara PHP akan berkembang dengan pengurusan pakej dengan penggunaan perkakasan (tools) seperti composer dan repositori di packagist. Pengaturcara akan biasa dengan konsep don’t reinvent the wheel dan rantai struktur kebergantungan (structure dependancy chains). Jika pengaturcara telah memahami konsep ini, sebenarnya amat mudah pengaturcara menggunakan framework seperti laravel, symfony, atau codeigniter atau micro-framework seperti lucent atau slim.

Kesimpulan
Kesimpulannya PHP ini satu bahasa pengaturcaraan yang boleh membuatkan penggunanya sentiasa berkembang mengikut apa yang ingin dipelajari setelah pengaturcara faham kenapa ianya diwujudkan. PHP tidak memaksa penggunanya terus belajar MVC, Routes, tests, seeds, classes, namespaces, packaging, tests, dependencies, migrations dan sebagainya, sehingga pengguna faham kepentingannya dan kenapa ia perlu dipelajari.



Macbook / Laptop Rosak , Tanya Kami .. Dimana Kami? - ( Seri Kembangan Outlet )


 - 5 Minit Dari Kinrara
- 10 Minit Dari Cheras , Putrajaya
- 15 Minit Dari Puchong 
- 20 Minit Dari KL 
- 25 Minit Dari Bangsar







Macnote Studio Seri Kembangan

Lot G.45 , Bazaar Rakyat PKPS,

Jalan Putra Permai 5/4,
Bandar Putra Permai,
4330 Seri Kembangan, Selangor

Waze  : Bazaar Rakyat PKPS

Google Maps : Bazaar Rakyat PKPS
E-mail  : macbookstationsk@gmail.com

Phone  : 03-8938 2344 /0105267005
Tel : 0105267005

Landmark : Cari Hotel M Design ( Tengok Gambar Diatas)

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari