Mecnote

Cari Model Mac

Friday, 9 February 2018


Cloud Storage

Image result for cloud storage

Kadangkala pengguna tidak perasan emel yang dihantar beserta lampiran yang besar kepada penerima membawa masalah kepada server.   Attachment file ini akan memenuhi ruang server dan mengakibatkan server tidak dapat menerima emel baru. Walaubagaimana pun, setiap masalah ada penyelesaiannya.
Semakin lama, semakin banyak data/maklumat yang pengguna ada, maka semakin banyak ruang yang diperlukan. Sebahagian daripada pengguna menyimpan data/maklumat di hard drives, CD atau flash disk, thumb drive, external drive , server universiti atau server hosting yang disewa. Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, pengguna mula beralih ke penyimpanan file Cloud Storage.
Apa itu Cloud Storage
Cloud storage adalah media penyimpanan dalam talian yang membolehkan pengguna menyimpan data/maklumat di server virtual (pelayan maya) yang tersedia. Dengan adanya cloud storage, pengguna tidak perlu lagi membawa storan fizikal.

Kelebihan Cloud Storage
  • Dapat menyimpan data/maklumat dan mengambil data/maklumat bila-bila masa diperlukan selagi ada talian internet.
  • Tidak perlu membawa storan fizikal seperti external hard disk, thumb drive dan sebagainya.
  • Dapat berkongsi data/maklumat dengan pengguna lain dengan mudah.
Perbandingan beberapa Cloud Storage
* Antara cloud storage yang boleh digunakan adalah seperti berikut:


Memelihara keselamatan data/maklumat
Jangan lupa untuk mengambil langkah meningkatkan ciri-ciri keselamatan data.maklumat anda. Tips keselamatan penggunaan cloud:
  1. Gunakan kata laluan yang sesuai dengan ciri-ciri keselamatan.
  2. Buat salinan/backup secara berkala di storan lain seperti hard disk dan external storage.
  3. Pilih data yang anda ingin muat naik.
  4. Jangan muat naik data peribadi terutamanya gambar-gambar yang tidak sesuai didedahkan kepada umum.
  5. Faham terma dan syarat Cloud Storage yang dipilih dengan betul.

Kesimpulan
Implementasi Cloud storage sebenarnya sangat bermanafaat kepada pengguna.   Penggunaannya dikategorikan sebagai efektif dan efesyen   dalam menyelesaikan masalah storan fizikal hardware dan penyimpanan data. Penerapan dan pembudayaan penggunaan cloud storage kepada warga universiti dilihat menjadi tanggungjawab bersama. Penggunaan cloud storage secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelian perkakasan (hardware) untuk storan disamping mengurangkan masalah bebanan server dan sumber manusia.


Macbook / Laptop Rosak , Tanya Kami .. Dimana Kami? - ( Seri Kembangan Outlet )


 - 5 Minit Dari Kinrara
- 10 Minit Dari Cheras , Putrajaya
- 15 Minit Dari Puchong 
- 20 Minit Dari KL 
- 25 Minit Dari Bangsar







Macnote Studio Seri Kembangan

Lot G.45 , Bazaar Rakyat PKPS,

Jalan Putra Permai 5/4,
Bandar Putra Permai,
4330 Seri Kembangan, Selangor

Waze  : Bazaar Rakyat PKPS

Google Maps : Bazaar Rakyat PKPS
E-mail  : macbookstationsk@gmail.com

Phone  : 03-8938 2344 /0105267005
Tel : 0105267005

Landmark : Cari Hotel M Design ( Tengok Gambar Diatas)

Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari