Macbook Repair - Mecnote: 4 Tips Supaya Prestasi Laptop Anda Sentiasa 'Tip Top'

Cari Model Mac

Khamis, 1 Februari 2018

4 Tips Supaya Prestasi Laptop Anda Sentiasa 'Tip Top'

Komputer riba (laptop) atau komputer peribadi (PC) merupakan alat elektronik penting bagi melakukan kerja serta tugasan terutamanya bagi golongan pelajar dan mereka yang sudah bekerja.
Bagi pengguna jangka masa panjang, lambat-laun laptop atau PC anda pasti mula meragam atau dalam erti kata lain berfungsi dengan perlahan sehingga menyebabkan anda terpaksa mengambil masa yang lama untuk melunaskan tugasan yang diberi kerana ianya terasa 'berat'.
Sesiapa pun pasti mahu laptop atau PC anda bertahan  lama dan tidak cepat rosak. Oleh itu, anda perlu memberi penekanan terhadap beberapa aspek bagi memastikan prestasi komputer anda sentiasa terbaik dan memuaskan.

1. Bersihkan habuk

Kebersihan merupakan faktor utama yang menentukan sejauh mana sesebuah komputer itu mampu berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Jika anda tidak pernah servis komputer anda, habuk yang terkumpul akan memperlahankan kelajuan kipas cooler processor berpusing. Seterusnya, processor tersebut akan mengeluarkan haba yang lebih biasa. Ia mengakibatkan komponen seperti processor akan menjadi terlalu panas (overheat). Maka, jagalah kebersihan komputer anda seperti anda menjaga kebersihan kereta atau rumah kesayangan anda.
tips supaya prestasi laptop anda sentiasa tip top 1
Kredit foto: avinash.ws

2. Ganti thermal paste 

Bagi yang tidak tahu, thermal paste merupakan cecair yang diletakkan di atas processor bagi menyejukkan processor komputer anda. Dengan kecanggihan teknologi, kini sudah ada jenis terbaru thermal paste yang berbentuk seperti getah. Thermal pastesebaiknya ditukarkan setahun sekali kerana apabila sudah kering, ianya akan mengeras dan mengakibatkan suhu processor meningkat. Jika tiada bajet, dua tahun sekali pun sudah memadai bagi tujuan penjagaan suhu processor.

3. Air Flow Management (Sistem Saliran Udara)

Untuk senang faham, aliran udara (air flow) amat penting bagi mengekalkan suhu rumah anda supaya sentiasa berada dalam keadaan dingin. Jika tidak, anda pasti akan berasa panas setiap kali cuaca panas terik. Perkara sama juga yang berlaku semasa suhu komputer anda panas, ia pasti akan mempengaruhi kesemua komponen di dalamnya terutamanya motherboard. Ini juga sebab mengapa setiap kali komputer anda panas, anda akan rasa sedikit lag pada komputer tersebut.
Dengan ini, pengurusan air flow sesebuah komputer merupakan kunci kepada jangka hayatnya yang panjang. Kipas casing komputer dibuat supaya ada aliran keluar masuk angin. Kalau nak berjimat, anda boleh gunakan dua kipas yang dapat dibeli dengan harga murah.

4. Susun fail

Ramai di antara kita yang mengambil remeh soal penyusunan fail. Jangan terkejut, jika ada yang ruangan desktop mereka dipenuhi dengan fail sehingga tiada ruang kosong langsung. Bukan tidak boleh, cuma berpada-padalah dengan meletakkan fail yang penting sahaja. Fail-fail selain dari itu bolehlah diletakkan di 'My Documents' atau di partition lain seperti D,E,F dan sebagainya. Jika tidak, komputer anda akan menjadi berat untuk load kesemua fail tersebut semasa proses booting windows. Pun begitu, ini cuma saranan sahaja supaya tidak mengganggu windows partition. Selebihnya, terpulang kepada anda sendiri.
tips supaya prestasi laptop anda sentiasa tip top 2 330
Kredit foto: blog.gradeable.com
Sekiranya anda seorang yang pemalas dan tidak yakin untuk mencuba kesemua tips di atas, anda boleh hantar sahaja komputer anda di kedai komputer. Beritahu juruteknik kedai tersebut yang anda mahu servis komputer dan segalanya akan menjadi tanggungjawab mereka untuk uruskan. Secara asasnya, apa yang mereka akan buat ialah membersihkan habuk di dalam komputer, menggantikan thermal paste dan melakukan sedikit ujian prestasi (quality control) pada komputer anda. 
credit to iluminasi.com

Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.



Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?

Slow

Rosak

Serangan Virus

Jangan risau!! 
Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi 

MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

          ·   WhatsApp Abang M
          ·   Facebook Macnote studio
          ·   Careline 013 531 6110


Lot 1 As-Souq At-Tullab ,Mahallah Ali Ibn Talib, 
International Islamic University Malaysia, 
Universiti Islam Antarabangsa, 
53100 Jalan Gombak, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Google Maps : Macnote Mobile
E-mail  : macbookstation@gmail.com


Waktu Operasi : Isnin - Ahad (10 a.m. - 9 p.m.) Setiap Hari



Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG

- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 

- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL

-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan