Macbook Repair - Mecnote: Windows 10 Menyokong Cetak Ke PDF Pada Tahap Sistem – Menggunakan Mana-Mana Perisian

Cari Model Mac

Jumaat, 22 Disember 2017

Windows 10 Menyokong Cetak Ke PDF Pada Tahap Sistem – Menggunakan Mana-Mana Perisian

 Windows 10 Menyokong Cetak Ke PDF Pada Tahap Sistem – Menggunakan Mana-Mana Perisian


Sebelum Windows 10, kebiasaannya kita akan menggunakan sebarang perisian daripada pihak ketiga untuk membuat cetakkan atau menyimpan dokumen dalam bentuk PDF. Beberapa perisian, sebagai contoh Chrome telah menyokongnya sejak sekian lama, tetapi melalui Windows 10 – ia membawakan sokongan tersebut pada tahap sistem.
Melalui integrasi sokongan percetakkan pada tahap sistem, ia membolehkan pengguna membuat cetakkan atau menyimpan dokumen dalam bentuk PDF menggunakan sebarang perisian pada komputer mereka – tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan.
Microsoft sendiri telah mengaktifkan sokongan ini untuk semua pengguna Windows 10. Jika ia tidak diaktifkan pada komputer anda, anda hanya perlu membuat carian “Turn Windows features on or off” menggunakan fungsi akses pantas Windows + Q, dan pada tetingkap berkenaan pastikan Microsoft Print to PDF adalah bertanda.
Kini, pada sebarang perisian, anda boleh memilih cetak ke PDF dengan mudah melalui menu File > Print. Sebaik sahaja anda memilihnya, ia akan menyimpan dokumen berkenaan dan membolehkan anda mengakses dokumen berkenaan dalam bentuk digital untuk simpanan sendiri atau dihantar kepada rakan-rakan lain.


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan