Mecnote : Tips : Ubah Gambar Latar Pada Desktop Dan Profil Twitter Secara Automatik Setiap Hari

Cari Model Mac

Sunday, 24 December 2017

Tips : Ubah Gambar Latar Pada Desktop Dan Profil Twitter Secara Automatik Setiap Hari

Bosan dengan gambar desktop dan gambar latar belakang di Twitter yang sama dan inginkan sesuatu yang unik? Kini, anda boleh, dimana melalui perkhidmatan Kuvva, ia membolehkan gambar latar desktop dan juga gambar latar pada profil Twitter anda diubah secara automatik setiap hari, dengan gambar-gambar menarik dan juga unik.
Kuvva merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang masih lagi dalam peringkat beta dan ditawarkan secara percuma. Melaluinya, mereka membawakan sumber inspirasi dalam bentuk ilustrasi, grafik dan gambar setiap hari, sekaligus membolehkan gambar tersebut terus muncul pada desktop ataupun digunakan sebagai gambar latar Twitter anda secara automatik.
Untuk Twitter, ia memerlukan para pengguna membenarkan aplikasi Kuvva mengakses profil mereka. Namun melalui percubaan kami, ia mengambil masa sehingga 3 hari sebelum gambar pertama muncul pada profil.
Untuk desktop pula, ia menawarkan aplikasi khas untuk Windows dan juga Mac OS X, membolehkan anda mengawal gambar-gambar yang dijadikan sebagai gambar latar dengan mudah.
Anda juga boleh memilih kategori gambar-gambar latar yang digemari anda, dan ingin digunakan pada profil ataupun pada desktop anda. Jadi, bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh mendaftarkan diri dan mencuba aplikasi Kuvva hari ini.
credit to amanz.my
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS