Macbook Repair - Mecnote: TIPS PENJAGAAN LAPTOP, NOTEBOOK ATAU KOMPUTER RIBA

Cari Model Mac

Khamis, 21 Disember 2017

TIPS PENJAGAAN LAPTOP, NOTEBOOK ATAU KOMPUTER RIBA

Antara Tips Penjagaan Laptop, Notebook atau Komputer Riba ialah;
1. Bateri
Bagi penggunaan bateri, elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2. Keyboard atau Papan Kekunci
Untuk keyboard atau papa kekunci, letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba. Elakan terlalu kasar ketika menekan keyboard pada laptop. Keyboard laptop mudah rosak akibat tekanan kuat.
3. Skrin LCD
Skrin LCD memerlukan penjagaan yang paling rapi kerana merupakan hardware utama untuk laptop. Sentiasa lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in minutes’. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘dead pixel’ iaitu terjadinya pixel yang tidak menyala dan jika terlalu banyak boleh menganggu paparan pada skrin laptop.
4. Haba Panas
Sila pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil. Lagi bagus beli cooler untuk laptop. Selain itu, elakkan letakan laptop ditempat yang bersuhu tinggi seperti didalam kereta yang tengah parking di tempat panas.
5. Port
Manakala untuk penjagaan port pula, sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan berus atau berus gigi lama. Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan. Lakukan pembersihan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan