Macbook Repair - Mecnote: Tips Memilih Portable Hard Disk

Cari Model Mac

Khamis, 21 Disember 2017

Tips Memilih Portable Hard Disk

portable hard disk
Bingung hendak memilih di antara desktop external atau portable hard disk?
Tidak pasti apa ciri-ciri yang sesuai untuk kegunaan anda?
Risau tiada storan sandaran kedua sekiranya cakera keras laptop anda rosak?
Tapi tunggu dulu…
Apa perbezaan di antara desktop external hard disk dengan portable hard disk?
Masih ramai yang bingung dengan dua istilah ini.
Adakah dua istilah ini sama sahaja atau berbeza?
Fahami ini baik-baik.
Desktop external hard drive memerlukan sumber kuasa dari soket rumahmanakala portable hard drive cuma memerlukan kuasa daripada port USB laptop kita.
Anda boleh melihat contoh desktop external hard disk pada gambar di bawah ini. Biasanya ia agak besar dan berat untuk di bawa keluar.
Masalahnya…
…di Malaysia masih ramai yang merujuk portable hard disk sebagai external hard disk padahal ia sama sekali dua istilah yang berbeza.
Untuk pengetahuan anda portable hard drive atau cakera keras mudah alih lebih popular di kalangan pengguna di Malaysia pada masa kini.

Kenapa anda perlu memiliki cakera keras mudah alih?

Mesti ada sebabnya.
Salah satunya adalah data di dalam laptop kita mungkin hampir penuh. Mungkin juga storan cakera keras kita terlalu kecil.
Tidak mampu menampung data dengan begitu banyak.
Jika hampir penuh kita mungkin terpaksa memadam sebahagian daripada data tersebut.
Masalahnya bagaimana pula dengan foto dan video yang ada di dalam?
Lagi-lagi jika ada gambar dan video keluarga kita sendiri. Jadi, mahu tidak mahu kita terpaksa menaik taraf cakera keras laptop kita kepada storan yang lebih besar.
Atau…
Pilihan yang paling mudah adalah dengan mencari cakera keras mudah alih.
Lagi satu…
Prestasi laptop boleh menurun jika storan laptop anda hampir penuh. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Tidak percaya?
Terpulang kepada anda.
Jadi, daripada kita membuang fail-fail kita di dalam laptop tersebut, ada baiknya kita membeli sebuah cakera keras mudah alih untuk memindahkan data kita tadi.
“Alah…beli saja pemacu kilat atau pen drive…”
Ya, betul.
Masalahnya di sini…
Kapasiti pen drive masih terlalu kecil buat masa ini (atau kos terlalu mahal jika kita membeli dengan kapasiti yang besar). Ia juga mudah hilang atau tercicir di mana-mana.
Ada satu lagi sebab utama.
Sebagai langkah berjaga-jaga. Kita tidak tahu bila masanya cakera keras laptop kita akan rosak.
Mungkin hari ini.
Mungkin lusa.
Atau mungkin juga bulan depan.
Kita tidak tahu.
Sebab itu kita perlu bersedia. Kita perlu ada sandaran (backup) kedua di portable hard disk atau cakera keras mudah alih kita.
Ok, cukup.
Sekarang mari kita lihat apa pula tips atau ciri-ciri yang patut anda ambil tahu.
Perkara ini sangat penting supaya anda tidak tersilap dan seterusnya membazirkan wang anda.

1. Pilih ruang simpanan atau storan data yang besar

Cari storan 500 GB ke atas. Lebih besar ruang simpanan yang anda pilih lagi banyak data yang boleh anda simpan ke dalam cakera keras mudah alih anda.
Setakat menyimpan dokumen seperti word,excel dan powerpoint, 500 GB sudah dikira lebih daripada mencukupi.
Tapi…
Sekiranya anda seorang yang suka mengambil gambar dengan kamera, memuat turun lagu, video, bermain permainan (gaming) dan yang sewaktu dengannya, carilah storan 1 TB atau 2 TB.
Saya yakin ruang simpanan itu sudah mencukupi untuk anda.
tips memilih portable hard disk

2. Boleh lakukan kerja-kerja pemindahan data dengan laju

Kan bagus jika anda boleh memindahkan data sepantas kilat. Anda dapat menjimatkan masa anda.
Biasanya cakera keras mudah alih jenis lama mempunyai sambungan USB 2.0.
Itu dahulu.
Tetapi sekarang tidak lagi.
Kini, kebanyakannya telah mempunyai sambungan USB 3.0. Kelajuan penghantaran data USB 3.0 adalah lebih kurang 5 Gbit/s (625 MB/s).
Maksudnya?
Kelajuan USB 3.0 ini adalah 10 kali ganda daripada kelajuan USB 2.0. Ini sudah dikira cukup laju untuk kegunaan sehari-hari kita.
Cara hendak mengetahui laptop anda menyokong USB 3.0 atau tidak adalah dengan melihat port USB laptop anda. Cuba periksa jika salah satu port laptop anda ada berwarna biru.
Jika ada, itu bermaksud laptop anda menyokong kelajuan sehingga USB 3.0.
Nasihat daripada saya, sekiranya laptop anda tidak menyokong USB 3.0, beli sahaja cakera keras mudah alih yang menggunakan USB3.0.
Sebab apa?
Cakera keras mudah alih yang mempunyai USB 3.0 mempunyai backward compatibility dengan USB 2.0.

3. Cakera keras tersebut jenis yang mudah di bawa ke mana-mana

Saya telah menyebut perkara ini pada awal artikel saya tadi. Mudah alih adalah jenis yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Ia juga biasanya lebih kecil dan ringan.
Jika bukan mudah alih pula adalah jenis desktop external hard disk.
Ingat lagi?
Kenapa kita perlu memilih jenis yang mudah alih?
Selain daripada kecil, ringan dan senang di bawa ke mana-mana, sumber kuasa juga adalah daripada sambungan USB laptop kita. Anda tidak perlu bersusah payah menyambung pada soket rumah anda.

4. Cari tempoh jaminan yang panjang

Jaminan sangat penting. Kita tidak tahu sekiranya cakera keras mudah alih yang kita beli ada manufacturing defect. Kita boleh menuntut jaminan sekiranya ia rosak ketika dalam tempoh jaminan.
Jika boleh, cari tempoh jaminan dari 1-3 tahun. Lagi panjang tempoh jaminan sesuatu produk, lagi bagus untuk anda.
Jaminan produk sehingga 3 tahun?
Itu sudah tentu.
Syarikat-syarikat besar biasanya memberikan tempoh jaminan yang lama kerana mereka yakin produk yang mereka hasilkan sangat berkualiti.
Contohnya jenama daripada Seagate, Western Digital dan Adata menawarkan jaminan sehingga 3 tahun.

5. Rupa bentuk dengan rekaan yang menarik

Ada orang yang memang suka melihat benda-benda yang cantik. Tidak kisahlah apa jenis produk tersebut. Ini juga merupakan faktor utama orang membeli sesuatu produk.
Bagi saya ia sebenarnya perkara subjektif. Saya rasa tidak salah jika kita membeli barang yang cantik. Rekaan yang menarik merupakan satu bonus.
Dengan syarat…
Ia juga mesti disertai dengan ciri-ciri yang bagus dan berkualiti. Rekaan yang menarik juga membezakan cakera keras mudah alih anda dengan milik orang lain.
Tidak ada gunanya anda membeli sesuatu produk yang cantik tetapi ia mudah rosak.

6. Mempunyai ketahanan yang kuat serta tahan lasak

Ciri-ciri ini sepatutnya ada pada semua cakera keras mudah alih. Tahan lasak di sini bermaksud ia tidak mudah rosak jika terjatuh daripada meja.
Jika ia terjatuh sekali dan rosak, tentu anda rasa kecewa kan. Kadang-kadang kita bukan sengaja menjatuhkan cakera keras mudah alih kita.
Ada juga yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti kalis air (waterproof), kalis debu (dustproof) dan anti gegaran (shockproof) yang kuat.
Sangat sesuai bagi anda yang bergerak aktif seperti mengembara ke luar negara atau anda yang memang bekerja dalam situasi yang terdedah kepada air dan habuk.
Jikalau boleh, carilah ciri-ciri seperti ini.
Anda pasti tidak akan menyesal.

7. Dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai dan banyak menerima anugerah

Kebanyakan cakera keras mudah alih sekarang memang bagus. Saya juga yakin setiap tahun syarikat yang mengeluarkan produk ini sentiasa bekerja keras untuk memperbaiki kualiti produk mereka.
Jadi tidak hairanlah syarikat-syarikat seperti Western Digital, Seagate dan Adata sentiasa memenangi banyak anugerah.
Kalau anda hendak membeli cakera keras mudah alih, anda patut melihat pencapaian syarikat-syarikat ini.
Ini membuktikan mereka memang serius dalam mengeluarkan cakera keras mudah alih yang benar-benar berkualiti dan menepati standard antarabangsa.

8. Harga yang berpatutan dengan kualiti

Biasanya harga adalah berbeza-beza mengikut jenama, spesifikasi dan kelebihan yang ditawarkan. Harga bagi portable hard disk atau cakera keras mudah alih 500 GB adalah sekitar RM203-RM280.
Untuk yang mempunyai storan 1 TB harga adalah sekitar RM210-RM300 dan untuk 2 TB pula harga adalah sekitar RM380-RM500.
Harga-harga di atas itu adalah daripada syarikat-syarikat seperti Adata, Seagate dan Western Digital. Anda harus ingat harga-harga ini sentiasa berubah-ubah setiap masa.
Selalunya apa yang membuatkan harga menjadi mahal adalah disebabkan nama jenama syarikat tersebut. Semakin kuat jenama syarikat tersebut maka semakin mahal harga produk yang mereka jual.
Contoh terdekat adalah daripada Western Digital. Biasanya harga mereka lebih mahal berbanding dengan pesaing-pesaing mereka.

9. Ciri-ciri keselamatan tambahan

Carilah yang mempunyai ciri-ciri keselamatan di mana anda boleh menetapkan kata laluan pada cakera keras mudah alih tersebut.
Fungsi ini sangat berguna bagi mereka yang mempunyai dokumen-dokumen sulit di tempat mereka bekerja.
Ciri kedua biasanya mempunyai fungsi untuk automatic backup dan synchronize data di komputer kita kepada cakera keras mudah alih.
Ciri-ciri ini sangat bagus jika ada. Anda tidak perlu risau sekiranya data anda tiba-tiba hilang, terkena virus, atau mungkin berlaku kecurian laptop. Semuanya telah di backup dan di synchronize ke cakera keras mudah alih anda.
Ini merupakan suatu fungsi yang wajib jika anda mementingkan keselamatan data anda.
Ingat…
Tidak semua cakera keras mudah alih mempunyai fungsi-fungsi tambahan ini.

10. Pilihan ciri-ciri khusus yang mungkin anda perlukan

Untuk kekal relevan di arena teknologi pada hari ini, pengeluar membuat produk mereka dengan pelbagai ciri baru yang kita tidak pernah bayangkan.
Salah satu daripadanya ialah sambungan Wi-Fi yang membenarkan anda menyambung cakera keras mudah alih anda kepada laptop tanpa perlu menggunakan sebarang wayar.
Sambungan Wi-Fi ini adalah sama ada melalui memasang Wi-Fi AP pada cakera keras mudah alih tersebut ataupun menggunakan teknologi Bluetooth.
Kelajuan pemindahan fail menggunakan sambungan Wi-Fi ini tidaklah sepantas dan stabil seperti sambungan melalui USB.
Tetapi…
Jika anda mempunyai jumlah port USB yang sangat sedikit, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban daripada perlu membawa dongle USB yang memberatkan beg anda.
Selain daripada itu, terdapat juga ciri yang membolehkan pengguna memindahkan fail daripada kad SD kepada cakera keras mudah alih secara automatik tanpa perlu menggunakan komputer.

Apa pilihan saya tentang cakera keras mudah alih?

Bagi saya semuanya bergantung kepada penggunaan, keperluan dan bajet anda juga. Saya sendiri menggunakan portable hard disk atau cakera keras mudah alih daripada jenama Western Digital.
Saya mempunyai 3 buah cakera keras mudah alih ini. Saya juga telah menggunakannya lebih kurang 5 tahun.
Setakat artikel ini ditulis, saya tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang dihadapi oleh pengguna yang lain.
Harga jenama Western Digital memang agak mahal sedikit berbanding dengan jenama yang lain. Tapi apa yang penting adalah kepuasan menggunakan produk yang berkualiti tinggi.
Pada masa akan datang saya bercadang membeli cakera keras mudah alih daripada jenama Adata. Saya sudah melihat spesifikasi Adata di mana ia turut mempunyai ciri-ciri tahan lasak.
Ini merupakan satu tarikan utama saya untuk membeli jenama ini. Tidak banyak pengeluar cakera keras mudah alih yang mempunyai ciri-ciri tahan lasak pada keluaran produk mereka.
Anda bagaimana pula? Apa jenama portable hard disk atau cakera keras mudah alih pilihan anda?


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                    

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan