Mecnote : Tips Membeli Laptop Part 1

Cari Model Mac

Monday, 25 December 2017

Tips Membeli Laptop Part 1

Tips Membeli Laptop Part 1

 

Laptop adalah komputer mudah alih, jadi pada dasarnya, ia boleh digunakan ketika di rumah, di pejabat, ataupun di dalam perjalanan. Sesetengah orang berpendapat, laptop lebih sesuai untuk buat kerja, main game, dan sebagainya kerana ia mudah alih. Para pelajar ataupun pekerja boleh kesana kemari dengan satu laptop dan ia boleh buat semua.

Dengan pelbagai jenis laptop, ciri-ciri dan juga harga, agak sukar untuk memilih laptop yang sesuai dengan kita. Oleh itu, kita perlu tahu, apa yang kita perlukan.

1.    Pilih jenis Operating System
Windows
Windows cukup popular dikalangan pengguna laptop kerana ia fleksibel, ia boleh digunakan untuk kerja, gaming dan juga entertainment.
ChromeOS
ChromeOS pula merupakan sebuah OS daripada Google. Ia lebih kepada penggunaan kerja harian. Ia lebih selamat tetapi agak terhad.
MacOS
MacOS adalah operating system daripada Apple untuk siri MacBooknya. Kebanyakan MacBook digunakan untuk kerja-kerja dan rendering kerana sistemnya dioptimasikan untuk kerja-kerja sedemikian.

2.    Tentukan jika perlukan 2-in-1Laptop 2-in-1 adalah laptop yang didatangkan dengan touch screen dan ia boleh dilipat untuk menjadi sebuah tablet. Ia juga akan lebih mahal berbanding laptop biasa.

3.    Pilih saiz yang sesuai

·         11 – 12 inci: kebiasaannya laptop pada saiz ini ia lebih ringan dan kecil.
·         13 – 14 inci: Laptop saiz ini memberikan keseimbangan diantara mudah alih dan juga penggunaan.
·         15.6 inci: Saiz laptop ini paling popular dikalangan pengguna laptop. Jika anda suka saiz skrin yang besar, ini adalah saiz untuk anda.
·         17 inci keatas: Jika anda menggunakan laptop anda hanya pada satu tempat tanpa perlu anda beralih, ia sesuai untuk anda. Kebiasaannya laptop 17 inci dan keatas ini adalah pada kategori laptop gaming.




Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro