Macbook Repair - Mecnote: Tips Mematikan Fungsi ‘Spying’ Pada Windows 10

Cari Model Mac

Rabu, 27 Disember 2017

Tips Mematikan Fungsi ‘Spying’ Pada Windows 10

Tips Mematikan Fungsi ‘Spying’ Pada Windows 10



Windows 10 yang baru dilancarkan baru-baru ini tidak kurang dari dilanda kontroversi. Antaranya terdapat beberapa fungsi terbina dalam yang dikatakan “mengumpul data peribadi dan menghantar ia balik ke server Microsoft” dan mencetuskan spekulasi bahawa terdapat aktiviti ‘spying’. Saya akui bahawa terdapat penjelasan yang samar-samar mengenai isu ini daripada pihak Microsoft sendiri dan nasib baik terdapat cara yang mudah untuk mematikan fungsi ‘spying’ di dalam Windows 10.
Jom ikuti tutorial ringkas ini bagaimana untuk anda rasa lebih ‘selamat’ bila guna Windows 10.

Mematikan Fungsi ‘Spying’ Pada Windows 10


Anda boleh mematikan fungsi ‘spying’ dengan menggunakan Settings app tetapi langkahnya sedikit mengelirukan. Saya cadangkan anda muat turun tool Ultimate Windows Tweaker (UWT) untuk langkah yang pantas dan efisien.
Extract dan terus jalankan UWT tanpa perlu install. Kemudian klik bahagian Security & Privacy > Privacy > dan tick seperti dalam screenshot di atas. Saya tinggalkan fungsi Bing Web SearchCortana dan Password Reveal Button kerana ia perlu bagi saya. Anda boleh matikan jika mahu.
Selepas itu, klik Apply dan restart komputer anda. Kini anda selangkah lagi ke arah penggunaan komputer yang lebih selamat.

Anda juga boleh mematikan fungsi “Stop getting to know me” yang boleh mengumpul maklumat mengenai kalendar, suara, kenalan dan perkataan yang ditaip oleh anda. Masuk 
Settings > Speech, inking & typing > tekan butang Stop getting to know me.
Ekstra : Tak nak lokasi anda dikesan? Anda boleh mematikan Location Service dan lokasi sebenar anda tidak akan dikesan oleh Windows. Akan tetapi, anda mungkin tidak boleh menggunakan kesemua fungsi dalam aplikasi Maps, GPS, ataupun Weather selepas ini.
Mudah sahaja kan? Anda masih boleh menikmati Windows 10 yang bagi saya lebih best dari Windows 7 dan 8 dan mendapat lebih ketenangan dari isu data kena ‘mining’ tanpa sedar.

Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro




Tiada ulasan:

Catat Ulasan