Macbook Repair - Mecnote: Tetapan kawalan kemaskini Mac App Store

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Tetapan kawalan kemaskini Mac App Store

kemaskini Mac App Store
Anda boleh mengubah tetapan kemaskini di Mac App Store.
Jika anda banyak memuat turun pelbagai aplikasi dari Mac App Store, mungkin anda berhadapan dengan masalah nombor yang selalu ditunjukkan di ikon aplikasi tersebut. Bagi yang rajin membuat kemaskini bagi aplikasi-aplikasi yang ada dalam Mac, tentu tidak menjadi masalah. Tetapi bagi sebahagian dari anda mungkin ia agak menjengkelkan.
Terdapat fungsi tetapan yang boleh dibuat pada Mac App Store tersebut. Anda boleh membuat tetapan yang anda suka pada Mac App Store di dalam System Preferences dan klik pada ikon App Store. Di sini anda boleh menetapkan sama ada anda mahukan aplikasi dan sistem macOS dimuat turun dan dikemaskini secara automatik ataupun tidak.
kemaskini Mac App Store
Bagi pengguna Mac yang mendaftar dengan Apple Beta Software Program serta menggunakan macOS versi beta, anda pasti akan sering menerima notifikasi tentang kemaskini terbaru bagi macOS tersebut. Versi beta sememangnya akan menerima terlebih dahulu kemaskini terkini kerana ia adalah macOS yang masih dalam percubaan. Jadi di sini anda boleh menutup kemaskini terkini daripada macOS versi beta jika ia menganggu anda.
kemaskini Mac App Store
Boleh dikatakan hampir setiap minggu akan ada kemaskini bagi macOS versi beta. Yang terbaru adalah macOS 10.12.5 Public Beta 5.
Selain itu, anda turut boleh menetapkan keselamatan akaun Apple anda jika ada pengguna yang ingin membeli aplikasi-aplikasi berbayar yang memerlukan pengguna memasukkan kata laluan sewaktu proses pembelian tersebut. Anda boleh tetapkan sama ada pengguna perlu mengulang kemasukan kata laluan bagi setiap pembelian aplikasi atau simpan sahaja kata laluan tersebut yang akan membolehkan pengguna membeli aplikasi tanpa memasukkan semula kata laluan akaun Apple anda.
kemaskini Mac App Store
Adalah sebaiknya tetapan bagi aplikasi berbayar anda tetapkan kepada ‘Always Require’ supaya lebih selamat.
credit to ariffmac.com
Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan