Macbook Repair - Mecnote: Sokongan Format HEIC/HEIF Pada Windows

Cari Model Mac

Ahad, 24 Disember 2017

Sokongan Format HEIC/HEIF Pada Windows

Bagaimana Menambah Sokongan Format HEIC/HEIF Pada Windows


Bermula iOS 11, Apple telah mula menggunakan format imej baru, iaitu HEIC/HEIC – dimana melaluinya Apple mengatakan ia mengekalkan kualiti gambar yang baik, tetapi pada saiz keseluruhan gambar yang lebih kecil berbanding JPEG sebelum ini.
Pengguna juga turut boleh mengakses format berkenaan pada komputer Mac – tetapi bagi pengguna Windows, anda mungkin menghadapi masalah. Anda perlu mengubah format gambar berkenaan kepada jPEG terlebih dahulu – atau anda mungkin tidak boleh membuka gambar berformat HEIC/HEIF ini.
Kini, untuk mengatasinya, salah satu perisian yang ingin membantu mengatasi perkara berkenaan adalah CopyTrans HEIC untuk Windows.
Melalui perisian ini, sebaik sahaja anda memasangnya, anda boleh melihat pralihat pada Windows Explorer, selain turut membuka fail berformat HEIC teurs menggunakan Windows Photo Viewer.
Disamping itu, anda juga turut boleh menggunakan gambar berformat HEIC dengan mudah pada sebarang dokumen atau perisian – selain mengubahnya kepada format JPEG dengan hanya klik-kanan pada sebarang gambar HEIC.



Buat masa ini, ia hanya menyokong HEIC sahaja, tetapi sokongan untuk HEIF juga dijangka akan ditambah melalui versi akan datang.
Bagi anda yang menggunakan iPhone dan menjalankan komputer Windows – mungkin boleh memuat-turun dan menggunakan perisian ini dalam menguruskan gambar HEIC anda hari ini.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan