Mecnote : MASALAH LAPTOP NO DISPLAY

Cari Model Mac

Monday, 25 December 2017

MASALAH LAPTOP NO DISPLAY



Masalah
Laptop ini bermasalah blank screen. Api LED power ada tetapi api LED hard disk tidak ada atau blinking. Kipas akan berpusing sekejap dan selepas beberapa saat terus berhenti. Saya telah mencuba menggunakan charger sahaja atau bateri sahaja tetapi masalah tetap sama. Sepanjang saya uji laptop ini, cuma 2 kali sahaja laptop ini dapat hidup seperti biasa tetapi auto off setelah beberapa saat. Sebelum ini pemilik laptop telah menyuruh sahabatnya membaiki kerosakkan pada laptop ini. Sahabatnya mengatakan hard disk yang rosak dan telah mengantikan dengan hard disk baru, namun masalah belum dapat di selesaikan.

Penyelesaian
Biasanya untuk masalah blank screen saya akan uji RAM telebih dahulu. Saya cuci RAM, slot RAM dan juga menggunakan RAM lain, masalah tetap juga sama. Apabila saya hendak membuka casing laptop, di dapati laptop ini seperti pernah dibuka. Ribbon cable touchpad juga tidak di sambung. Mungkin sahabat pemilik laptop ini cuba membuka laptop untuk membaiki masalah ini tetapi tidak berjaya. Jadi saya pun buka habis casing laptop dan membiarkan motherboard sahaja. Kemudian saya cuba programming chip BIOS balik menggunakan universal programmer, namun masih lagi blank screen. Cara terakhir saya lakukan adalah menukar high speed decoupling capacitors dengan yang baru. Setelah menukar komponen ini laptop dapat hidup seperti biasa. Kipas, heatsink, motherboard dan casing telah di buang debu/habuk. Thermal paste juga telah digantikan dengan yang baru. Kipas juga telah diberi sedikit minyak grease khas untuk kipas. Setelah semua dipasang, touchpad pula tidak berfungsi walaupun slot telah dicuci. Apabila saya lihat pada ribbon cable di dapati satu garis contact telah tercabut dan tidak melekat pada ribbon cable. Cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan meletakkan kad yang keras (plastik keras atau sedikit tebal) di bawah contact ribbon cable. Setelah masalah semua selesai, saya pun mencuba laptop menggunakan beberapa software untuk menguji kestabilan laptop. Apabila saya membuat ujian ke atas CPU ok tiada masalah tapi apabila ujian ke atas GPU, laptop padam dengan sendiri. Mula-mula saya fikir komponen yang telah ditukar yang bermasalah atau driver grafik tetapi setelah melakukan ujian, akhirnya saya tahu punca masalah adalah di sebabkan heatsink tembaga tidak menyentuh GPU ketika memasang heatsink. Bagi anda yang ingin servis membuang debu/habuk pada kipas dan heatsink, pastikan anda kunci skru betul-betul sehingga semua tersentuh antara tembaga heatsink dengan CPU dan GPU. Laptop ini juga terpaksa di format balik menggunakan cd key original yang terdapat di bawah laptop. Masalah ini juga sering terjadi dengan model Acer yang lain seperti model 4736, 4736z, 2920 dan ada lagi beberapa model Acer lain.

Simptom Kerosakkan


  1. Autorestart
  2. Autoshutdown/Auto off
  3. Blank screen
  4. Masa loading logo windows akan hang atau stuck
  5. Grafik keluar gambar pecah-pecah

Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS