Macbook Repair - Mecnote: Langkah Ini Untuk Tingkatkan Kelajuan Laptop

Cari Model Mac

Isnin, 25 Disember 2017

Langkah Ini Untuk Tingkatkan Kelajuan Laptop

 Langkah Ini Untuk Tingkatkan Kelajuan Laptop

 
Tiada yang lebih menyakitkan kepala selain laptop menjadi perlahan ketika anda sedang melakukan kerja yang perlu disiapkan dengan cepat.
Laptop-laptop yang pada awalnya laju boleh menjadi lembab kerana beban yang terlalu banyak pada laptop.
Mungkin kita boleh upgrade RAM, dan juga menambahkan SSD untuk memberi kelajuan pada laptop. Tetapi ia agak mahal dan juga ada kemungkinan tidak menyelesaikan masalah laptop lembab kita.
Melakukan clean-up pada laptop boleh meningkatkan prestasi laptop kita. Proses untuk ‘clean-up’ ini amat mudah dan anda boleh mencuba untuk melakukannya.
CARA-CARA UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI LAPTOP
1. Matikan proses yang tidak sepatutnya digunakan.
Proses-proses yang tidak digunakan berkemungkinan banyak menggunakan sumber CPU anda. Ini boleh menyebabkan laptop menjadi perlahan.
Untuk memadam proses-proses itu, ikut langkah kat bawah ini:
1.    Right-click pada Taskbar.
2.    Pilih Task Manager.
3.    Kemudian, tekan tab Processes.
4.    Tekan pada Memory.
Program yang berada diatas sekali adalah program yang menggunakan CPU anda. Tekan butang End process untuk mematikan proses itu.
InshaAllah laptop anda akan mula menjadi laju. Seandainya masih lagi lembab, anda boleh mencari lagi proses yang lain dan mematikannya.
Anda juga perlu berhati-hati dalam mematikan proses. Padam yang anda tidak gunakan sahaja.
2. Matikan program autoloader.
Program autoloader adalan program yang akan berjalan secara automatik setelah laptop anda dihidupkan tanpa perlu anda membukanya.
Sebuah program yang besar ataupun banyak program-program kecil mampu memberi kesan pada prestasi laptop.
Macam nak disabled program autoloader? Boleh ikut langkah kat bawah ini:
1.    Tekan butang Windows dan butang R pada papan kekunci anda dengan serentak.
2.    Taipkan msconfig dan tekan butang
3.    Pergi ke tab Startup.
4.    Jika anda pengguna Windows 8.1, buka Task Manager, dan pergi ke tab
Pada program yang anda tidak mahu ia run selepas laptop anda hidup tanpa pengetahuan anda, anda untick pada checkboxatau tekan butang Disable.
3. Defragment cakera keras anda.
Fragmention adalah penggunaan ruang cakera keras yang tidak efisien. Ia merujuk kepada penyusunan fail pada cakera keras secara berterabur.
Apabila penyusunan fail tidak efisien, masa yang diambil untuk fail itu diakses menjadi lebih lama daripada yang sepatutnya.
Defragmentation pula adalah pencarian dan pengumpulan cebisan-cebisan data yang terpisah ketika disimpan di dalam cakera keras dan menjadikan cebisan-cebisan data itu sebagai sebuah fail.

Langkah-langkah untuk melakukan Defragmentation:
1.    Tekan butang Windows dan butang R pada papan kekunci anda dengan serentak.
2.    Taip dfrgui dan tekan butang
3.    Tekan butang Analyze untuk proses menentukan bahawa cakera keras anda perlu didefragment atau tidak.
4.    Jika perlu didefragment, tekan butang Defragment Disk.
Dengan buat 3 langkah mudah ini, ia boleh mengurangkan beban pada laptop dan meningkatkan prestasi laptop anda.


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan