Macbook Repair - Mecnote: KENAPA BATTERY TIDAK TAHAN LAMA

Cari Model Mac

Isnin, 25 Disember 2017

KENAPA BATTERY TIDAK TAHAN LAMA

Image result for BATTERY laptop

Tips menjaga bateri


  1. Jika bateri anda baru pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila pertama kali anda menggunakannya. 
  2. Kemudian, tanpa on laptop cas bateri selama 8 jam. Jika indicator di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan sahaja cas bateri sehingga 8 jam. Teknik ini lebih kurang sama macam anda cas handphone baru.
  3. Selepas 8 jam, cabut charger dari laptop dan dengan hanya menggunakan kuasa bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis lebih kurang 7%. Ini dapat menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri itu.
  4. Selepas itu, anda boleh cas bateri seperti biasa sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100%.

Tabiat yang perlu dihindari


  1. Elakkan dari selalu mengecas bateri. Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300-500 pusingan cas. Bila anda menggunakan kuasa bateri penuh (100%) sehingga habis (7%) dan kemudian cas sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100% di kira 1 pusingan cas. Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya 0%. Tinggalkan sekurang-kurangnya 7% dari kuasa yang ada. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri sehingga habis (7%) dan cas sampai penuh (Fully Charged 100%), ini dikira 1 pusingan dari anda menggunakan bateri 50% dan cas balik, ini juga dikira 1 pusingan. Jika anda menggunakan laptop dalam jangka masa yang lama, sila buka bateri (bagi bateri yang dapat dibuka) dan gunakan charger sahaja. Ini dapat memanjangkan jangka hayat bateri.
  2. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), bateri akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa. Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), di khuatiri bateri tidak boleh dicas semula.
  3. Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Kalau mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut charger.
  4. Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, sofa, peha anda, selimut dan sebagainya. Anda boleh mengunakan notebook cooling pad sebagai tambahan untuk lebih sejuk.
  5. Elakkan terlebih cas (overcharging), ini kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger bila indicator sudah menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100%.
Ini Contoh User Manual Yang Dibekalkan Bersama OEM Bateri



Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan