Macbook Repair - Mecnote: Jimatkan Bateri Laptop Dengan Mode ‘Battery Saver’

Cari Model Mac

Sabtu, 2 Disember 2017

Jimatkan Bateri Laptop Dengan Mode ‘Battery Saver’

Jimatkan Bateri Laptop Dengan Mode ‘Battery Saver’



Bateri adalah komponen penting untuk sesebuah laptop. Ya, kita boleh hidupkan laptop tanpa perlukan bateri tetapi kita memerlukan power adapter.
Bateri memberikan kita kebebasan tanpa wayar dan kita boleh menggunakan laptop di mana sahaja.
Jangka hayat bateri adalah kunci utama untuk sesebuah laptop. Dengan operating system yang terkini daripada Microsoft iaitu Windows 10, kita boleh menambahkan ketahanan bateri untuk menambahkan masa penggunaan dengan Battery Saver.
Battery Saver merupakan fungsi yang terbaru yang didatangkan khas pada Windows 10. Ia akan mula berfungsi setelah bateri kita mencecah 20 peratus. Kita juga boleh mengubah tetapan untuk menentukan bila laptop kita nak menggunakan Battery Saver.
Fungsi Battery Saver:
1.    Mengurangkan kecerahan skrin laptop. Ia sangat berkesan untuk mengurangkan penggunaan bateri untuk menambahkan masa penggunaan laptop.
2.    Mematikan aplikasi-aplikasi yang di muat turun daripada Windows Store. Ia juga menghalang aplikasi-aplikasi ini untuk run di background.
3.    Menghentikan sebarang notifikasi daripada semua aplikasi pada laptop.

Cara-cara mengaktifkan Battery Saver

1.    Tekan ikon bateri pada taskbar dan tekan butang Battery saver.
2.    Apabila battery saver sedang aktif, anda akan dapat lihat ikon daun hijau yang kecil pada ikon bateri.
Anda juga boleh mengaktifkan Battery Saver melalui Settings. Pada Settings, anda boleh mengubah tetapan Battery Saver.
1.    Tekan butang Start/Windows dan tekan ikon Settings.
2.    Pada Settings tekan pada System.
3.    Pilih Battery dan tekan pada toggle sama ada untuk menghidupkan atau mematikan Battery Saver.
Pada tetapan Battery Saver anda boleh menukarkan tetapan Battery Saver.
1.    Tetapkan/tukar bila Battery Saver pada laptop diaktifkan. Tetapan default adalah 20 peratus. Ini bermakna apabila bateri laptop anda mencecah 20 peratus, Battery Saver akan mula diaktifkan.
2.    Memilih sama ada Battery Saver turut mengurangkan kecerahan skrin untuk mengurangkan tenaga yang digunakan pada bateri.
Dengan Battery Saver, anda boleh menambahkan masa penggunaan terutama sekali ketika anda sedang melakukan tugasan atau kerja yang perlu dihantar dalam masa yang terdekat. Tetapi apabila bateri anda tinggal 1 peratus, terus sambungkan power adapter untuk meneruskan penggunaan. Sekian saja artikel mengenai Battery Saver mode. Diharapkan anda dapat memanfaatkan dan menggunakannya pada laptop anda.
#SHARE tips dan ilmu ni kepada rakan-rakan.

Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan