Mecnote : Intel Hadir Dengan SSD 545 – SSD Menggunakan Teknologi Storan TLC 3D 64 Lapis

Cari Model Mac

Sunday, 24 December 2017

Intel Hadir Dengan SSD 545 – SSD Menggunakan Teknologi Storan TLC 3D 64 Lapis

Teknologi storan digital semakin berkembang pesat, dan ini bermakna bahawa harga untuk perkakasan-perkakasan ini semakin berpatutan. Jika dahulu harga untuk sebuah storan SSD yang bersaiz besar boleh mencecah harga beribu ringgit, kini Intel tiba dengan sebuah SSD yang memenuhi kriteria storan besar dengan harga berpatutan tersebut.
Perkakasan storan tersebut dinamakan Intel SSD 545, dan ia merupakan sebuah SSD bersaiz 2.5 inci yang menggunakan teknologi TLC NAND Intel 64 lapis terbaru, di mana setiap satu cip NAND yang digunakan mempunyai lebih banyak storan berbanding dengan cip NAND yang lebih lama.
Teknologi NAND 3D 64 lapis ini membolehkan Intel menggunakan jumlah cip NAND yang kurang, tetapi pada masa yang sama mengekalkan atau menambah jumlah storan yang lebih banyak daripada biasa. Dari segi prestasi, Intel menyatakan bahawa SSD ini mempunyai kelajuan sequential read 550MB/s dan kelajuan sequential write selaju 500MB/s.
Buat masa ini, perkakasan Intel SSD 545 ini hadir dengan jumlah storan 512GB sahaja, dan ia ditawarkan pada harga $180. Kehadiran SSD ini di pasaran Malaysia masih belum lagi diketahui.
kredit : amanz.my
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS