Macbook Repair - Mecnote: Gigabyte Aero 15X

Cari Model Mac

Isnin, 25 Disember 2017

Gigabyte Aero 15X

Gigabyte Aero 15X



Spesifikasi
·         Intel Core i7-7700HQ processor
·         Nvidia GeForce GTX 1070 Max-Q 6GB GDDR5
·         16GB memory
·         512GB M.2 PCIe SSD
·         15.6 inches screen with 1920 x 1080 resolution
·         802.11ac Intel 8265 with Bluetooth 4.2

Rekabentuk
Untuk Aero 15X ini, MSI langsung tidak meletakkan ciri-ciri laptop gaming, dan jika anda keluarkannya ketika dipejabat, sekolah, orang tak akan sangka laptop ini adalah laptop gaming.
Laptop ini juga nipis dan ia kelihatan sangat professional dengan adanya binaan daripada aluminium yang menjadikan ia kelihatan premium.

Skrin dan Bunyi
Skrin pada Aero 15X ini adalah beresolusi Full HD dan skrinnya juga kelihatan sungguh terang dan penghasilan warnanya tepat kerana ia telah dicallibrate dengan X-Rite Pantone. Cahaya pada skrin ini juga cukup terang, dan ia membantu ketika menonton filem ataupun video.
Speaker pada Aero 15X ini cukup memuaskan tetapi ia kekurangan pada bass. Namun begitu, untuk laptop gaming, bass tidaklah memainkan peranan yang penting. Bunyinya juga mampu untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana tanpa sebarang pecah.

Keyboard dan Touchpad
Keyboard Aero 15X ini sungguh memuaskan ketika menaip, ia cukup keras dan memenuhi cita rasa gamers. Ia juga menghasilkan bunyi ‘klik’ ketika ditekan. Dan bunyi itu juga salah satu sebab untuk keyboard ini disukai.
Touchpadnya pula cukup besar dan swipe, click, multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Prestasi
Dengan adanya i7 generasi ke-7, SSD dan juga GTX 1070 ia memberikan Aero 15X kebolehan untuk membuat kerja biasa tanpa sebarang masalah, dan ia juga sesuai untuk VR. Untuk kegunaan biasa, baterinya boleh bertahan sehingga 7 jam. Tetapi untuk gaming, anda mungkin memerlukan power daripada plug.



Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan