Macbook Repair - Mecnote: Fungsi Heatsink Laptop

Cari Model Mac

Selasa, 26 Disember 2017

Fungsi Heatsink Laptop

Di dalam peranti komputer, heatsink merupakan alat wajib yang perlu ada.Jadi jangan hairan jika pada komputer desktop atau pun laptop, semua dipasang heatsink yang selalu melekat di atas processor.


Image result for heat sink


Alat ini sangat penting, kerana tanpanya sebuah komputer atau laptop tidak akan  bertahan lama .  sebenarnya apakah heatsink itu dan apa fungsinya?

Pengertian dan fungsi heatsink

Jadi heatsink adalah logam yang direka khas yang diperbuat daripada tembaga atau aluminium, yang berfungsi untuk memperluaskan pemindahan haba dari sebuah processor, dan membantu proses penyejukan processor itu sendiri.

bentuk

setiap reka bentuk heatsink berbeza-beza. Bentuk heatsink untuk komputer riba dan komputer desktop tidaklah sama. Bahkan sesama laptop sendiri jika lain jenama dan jenis, bentuk heatsinknya juga berbeza. Begitu juga pada komputer desktop. Malahan untuk model heatsink itu sendiri, setiap tahunnya selalu ada perubahan.

bahan

Bahan yang paling sering digunakan untuk pembuatan heatsink ini adalah tembaga dan aluminium. Tentu ada alasannya, sebab gabungan kedua bahan ini adalah sangat baik untuk menyerap panas dan mendinginkannya.
Bahan tembaga mempunyai konduktifitas tinggi, atau bahan yang bagus untuk menghantarkan panas. Namun, tembaga tidak boleh melepaskan panas dengan cepat jika dibandingkan dengan aluminium.
Sedangkan aluminium, bahan ini mempunyai sifat menyerap haba yang lebih rendah daripada tembaga, namun ia lebih cepat untuk melepaskan panas yang diserapnya.
Oleh kerana itu dari kekurangan dan kelebihannya masing-masing, saya meihat ada beberapa heatsink yang dibuat atas gabungan dari dua bahan tersebut. Tentunya prestasi yang dihasilkan lebih baik, kerana mengambil kelebihan tembaga yang cepat menyerap haba, dan kelebihan aluminium yang cepat menyejukkan panas.
Contohnya heatsink Laptop. Penghantar panasnya menggunakan tembaga, sedangkan yang digunakan untuk menyejukkan panasnya dari bahan alumunium. Ini Contoh heatsink Laptop.
setelah mengetahui pengertian, fungsi dan bahan-bahan dari heatsink, kini tiba masanya anda mengetahui cara kerjanya. Sebenarnya bagaimana cara kerja heatsink itu?

Cara kerja heatsink

Jadi begini, ketika komputer atau laptop dihidupkan, automatik processor menjadi panas. Nah, di situlah peranannya heatsink, untuk menyerap panas dari processor dan menyebarkannya ke seluruh bahagian heatsink, lalu menyejukkan dan melepaskan panas tersebut dengan bantuan fan atau kipas penyejukan yang dipasang di atas heatsink.
NOTA: Jangan pernah memaksakan komputer atau laptop dihidupkan tanpa heatsink. Walaupun di dalam mainboard terdapat sistem yang boleh mematikan komputer secara automatik apabila processor mengalami panas yang melebihi standard. Jika anda berulang-ulang memaksa komputer anda hidup tanpa heatsink, itu akan sangat berbahaya bagi processor anda.


Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan