Macbook Repair - Mecnote: Ciri terbaru macOS High Sierra

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Ciri terbaru macOS High Sierra

Ciri terbaru macOS High Sierra - HEVC
macOS High Sierra kini menyokong pengkodan video terbaru H.265
Okay, secara teori dan praktikalnya, semua sistem operasi komputer mampu memainkan format video HEVC dengan menggunakan aplikasi komputer. Bukan hanya Mac sahaja, tetapi juga komputer Windows atau sistem operasi komputer yang lain juga mampu memainkan format video yang terhasil daripada cara pengkodan video H.265 ini.
Jadi apa yang istimewanya sehingga Apple menguar-uarkan tentang kemampuan Mac mengendalikan pengkodan video ini? Sebelum pergi lebih jauh, anda perlu fahami terlebih dahulu apa itu HEVC aka H.265.
HEVC aka H.265
High Efficiency Video Coding atau singkatannya HEVC merupakan satu sistem pengkodan video terbaru (kali perrtama diperkenalkan pada tahun 2013). Pengkodan video (codec) merupakan satu proses di mana ia membantu komputer memahami bagaimana untuk mengalirkan data (menterjemahkan) supaya data tersebut boleh dipaparkan sebagai satu format fail video. Jadi HEVC ini merupakan salah satu metod (cara) pengkodan terbaru yang dicipta bagi pemprosesan sesebuah format video.
HEVC ini juga turut dikenali sebagai H.265. Apa yang membezakan HEVC dan H.265 adalah namanya sahaja. Ia adalah 2 nama yang memberikan maksud yang sama cuma panggilannya sahaja yang berbeza mengikut organisasi yang menetapkannya bagi standad nama untuk digunakan diseluruh dunia.
Organisasi yang bertanggungjawab menetapkan standad ini dilakukan oleh 2 organisasi utama iaitu Moving Picture Experts Group (MPEG) dan Video Coding Experts Group (VCEG).
Keistimewaan H.265
H.265 merupakan pengkodan video yang sedang meningkat popular digunakan dikalangan pembikin video. Ini kerana saiz data yang dihasilkan melalui pengkodan video ini akan menghasilkan sebuah format video yang amat efisyen. Efisyen di sini bermaksud kualiti sesebuah video tidak dikurangkan walaupun saiz data video yang terhasil adalah bersaiz kecil.
Bahasa mudahnya kualiti visual sangat cantik dan saiz fail video kecil. Tidak sepertimana sekarang, saiz video yang besar diperlukan untuk jaga kualiti visual tersebut. Ini amat baik untuk sistem penyimpanan fail video. Ruang storan dapat dijimatkan dan kualiti visual video dapat dipelihara untuk kepuasan penonton.
Bukanlah pengkodan yang ada sekarang iaitu H.264 itu tidak hebat, tetapi dengan pengkodan HEVC ini ia dapat memampatkan video sehingga 40% lebih baik daripada pengkodan video H.264 yang digunakan sekarang. Namun begitu proses pengkodan video yang kompleks ini ada halangannya iaitu ia memerlukan kuasa pemprosesan yang berkuasa dari segi perkaksasan dan perisian.
Di sinilah Apple telah ke hadapan dengan penggunaan kuasa pemprosesan terbaru yang digunakan di dalam Mac terbaru mereka iaitu cip pemprosesan generasi ke enam Intel Core. Apple mengsyorkan, untuk mendapatkan prestasi terbaik dari pengkodan video HEVC ini, anda memerlukan Mac yang lebih berkuasa atau Mac yang menggunakan cip pemprosesan generasi ke enam Intel Core dan ke atas.
Ciri terbaru macOS High Sierra - HEVC
Aplikasi QuickTime Player di macoS 10.13 mampu mengeksport dan memainkan video 4K.
Selain itu menerusi sistem operasi macOS High Sierra, Apple telah mendahului yang lain dalam menggabungkan sistem operasi komputer dan perkakasan yang berkuasa bagi menyokong serta mendapatkan manfaat penuh dari format video yang terhasil daripada pengkodan video terbaru ini khusus untuk pengguna Mac.
Namun begitu buat masa ini, pengguna masih memerlukan aplikasi pihak ketiga seperti pemain video VLC dan penukar format video HandBrake untuk memain dan melakukan proses penukaran format video H.265.
Kesimpulannya
HEVC memberikan pilihan yang lebih baik dan luas kepada pembikin video untuk berkarya dengan kualiti 4K mahupun video berdefinisi penuh (1080 FHD). Mereka tidak perlu lagi risau akan pengurusan data video yang memerlukan ruang storan yang sangat besar. Pengurusan data juga dapat dilaksanakan dengan lebih baik serta efisyen dengan manfaat HEVC ini yang mampu menjadikan data video lebih kecil tanpa kehilangan kualiti visual yang asli.
Pengguna juga dapat manfaat dengan penjimatan saiz data apabila menonton video secara atas talian. Cumanya yang menjadi cabaran utamanya sekarang adalah dari segi kemampuan teknologi komputer dan perisian bagi melaksanakan proses pengkodan video pada masa yang pantas sekaligus menjimatkan masa, tenaga dan kos penghasilannya.
Apa yang pasti, sistem pengkodan video pasti akan terus berubah untuk memberikan penyelesaian terbaik dalam pengurusan data video.
Ciri terbaru macOS High Sierra - HEVC
Buat masa ini perisian profesional suntingan video Apple Final Cut Pro X masih belum ada pengkodan video H.265 ini. Mungkin selepas lengkapnya macOS High Sierra nanti, FCPX akan dinaik taraf bagi menyokong pengkodan video tersebut.
credit to ariffmac.com


Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.



Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan