Macbook Repair - Mecnote: Ciri terbaru dalam macOS Sierra 10.12.4 versi Beta: Night Shift

Cari Model Mac

Jumaat, 29 Disember 2017

Ciri terbaru dalam macOS Sierra 10.12.4 versi Beta: Night Shift


Sebelum ini Apple telah memuat naik kemaskini terbaru bagi macOS Sierra versi Beta 10.12.4. Dalam kemaskini terbaru ini terdapat beberapa penambahbaikan terhadap macOS serta beberapa ciri terbaru. Tapi ciri terbaru yang menarik perhatian saya adalah mod Night Shift.
Ciri terbaru Night Shift
Night Shift merupakan ciri yang telah pun diperkenalkan oleh Apple lebih awal di peranti iOS sebelum ini. Ia merupakan ciri yang bertujuan mengurangkan cahaya biru iaitu selepas terbenamnya matahari di skrin. Ia dapat menjadikan warna skrin monitor anda lebih mesra penglihatan di waktu malam seterusnya membantu anda untuk mudah tidur (senang cerita, tengok skrin waktu malam tak sakit mata). Ia adalah berdasarkan kepada kajian yang pernah dijalankan sebelum ini.
Ciri terbaru dalam macOS Sierra 10.12.4 versi Beta: Night Shift
Kredit infografik: Skye Gould/Tech Insider
Jika anda menggunakan macOS versi Beta, bolehlah mencuba ciru terbaru tersebut di dalam System Preferences di bahagian Displays. Anda boleh lakukan tetapan mengikut kesesuaian tahap suhu warna skrin yang dikehendaki (lagi panas, skrin akan menjadi lebih keperangan) dan tetapan jadual bagi mod Night Shift diaktifkan.
Ciri terbaru dalam macOS Sierra 10.12.4 versi Beta: Night Shift
System Preferences – Displays – Night Shift.
credit to ariffmac.com
Semoga tips ini dapat membantu anda. 

Jangan lupa share ya.

Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan