Macbook Repair - Mecnote: APPLE IMAC PRO KINI DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM20999 SEHINGGA RM61816.80 UNTUK FULL SPEC

Cari Model Mac

Jumaat, 22 Disember 2017

APPLE IMAC PRO KINI DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM20999 SEHINGGA RM61816.80 UNTUK FULL SPEC

imac pro malaysia base spec
Apple iMac Pro kini sedia ditempah di laman Apple Store Malaysia – pada harga bermula RM20999.00 untuk model asas. iMac Pro merupakan komputer Mac paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Apple untuk golongan kreatif dan professional seperti filem studio, agensi media dan pengiklanan besar dan juga pembikin kandungan generasi baru.
Model asas iMac Pro hadir dengan processor 8-core Intel Xeon, 32GB RAM, kad grafik AMD Radeon Pro Vega 56 dan juga 5K Retina Display bersaiz 27″. Dari segi rekaan, iMac Pro kekal nipis dan moden seperti iMac 5K walaupun dilengkapi hardware yang berkuasa tinggi. iMac Pro hadir dalam warna Space Gray dan juga beberapa aksesori khas yang serba baru.

APPLE IMAC PRO KINI DI MALAYSIA – HARGA BERMULA RM20999 SEHINGGA RM61816.80 UNTUK FULL SPEC

imac pro malaysia
Anda boleh memilih beberapa konfigurasi spesifikasi iMac Pro seperti Processor 8-core sehingga 18-core, RAM, SSD, Graphic Card serta aksesori tambahan dan perisian tambahan. Untuk percubaan, saya dapati bahawa harga bagi iMac Pro dengan spesifikasi penuh adalah berharga RM61816.80. Angka yang agak tinggi bagi sesebuah komputer yang pernah saya lihat.
Berminat mendapatkan iMac Pro boleh ke Apple Store Malaysia sekarang juga.

Lihat pengalaman MKBHD menggunakan iMac Pro selama 1 minggu. Adakah ia mesin yang sesuai untuk Marques Brownlee yang terkenal dengan rakaman video 8K?
 Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014
                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan