Macbook Repair - Mecnote: Apakah tanda-tanda komputer atau laptop diserang virus?

Cari Model Mac

Selasa, 26 Disember 2017

Apakah tanda-tanda komputer atau laptop diserang virus?


Virus menyerang komputer atau laptop kita dalam pelbagai bentuk. Ia menyerang komputer kita tanpa kita sedari. Sehinggalah kamu perasan bahawa tahap komputer kamu beroperasi tidak seperti selalunya.

Jadi apakah tanda-tanda komputer atau laptop kamu ada virus?

Situasi pertama biasa yang akan kamu alami ialah kamu berasa komputer kamu menjadi terlalu perlahan. Kamu mahu membuka folder pun mengambil masa sehingga separuh minit. Dengan kata lainnya, komputer kamu lambat memberi respon.

Perkara sebegini terjadi kerana virus tersebut melakukan operasi tersembunyi sehinggakan komputer kamu beroperasi pada tahap 100%. Padahal tiada aplikasi apa pun dibuka. Selalunya ia adalah sejenis Spyware iaitu satu program yang tidak berguna telah dipasang secara automatik tanpa kamu sedari.

Spyware juga termasuk dalam kategori virus kerana ia adalah pembawa utama virus ke komputer kamu. Ia datang melalui pelayaran laman web yang tidak selamat seperti laman-laman web porno, warez dan laman web yang mengandungi terlalu banyak iklan pop up. Selain itu, pemasangan software-software secara membabi buta terutama software yang tidak legit.

Tanda-tanda lain ialah semasa kamu menggunakan komputer atau laptop kamu, tiba-tiba windows error akan keluar. Error sebegini memberitahu kamu file-file windows yang rosak dan tidak berfungsi. Kalau dibiarkan lebih lama ia akan terus berjangkit sehingga kamu mengambil keputusan untuk format kembali komputer kamu.

Jangan jadikan langkah format komputer kamu sebagai langkah pertama tetapi jadikan ia sebagai langkah terakhir, Perkara pertama yang kamu perlu buat ialah cuba pergi ke control panel>program and feature. Cuba cari program yang kamu fikir ia tidak diguna walau sekalipun dan sebelum ini program tersebut tidak wujud pun. Uninstall sebanyak mana kamu jumpa.

Kemudian, kamu restart komputer kamu. Sebagai untuk memberi kesegaran kepada komputer atau laptop kamu. Selepas itu, kamu muat turun software Ccleaner di filehippo.com. Berikut merupakan rupa interface Ccleaner.




Ccleaner boleh menganalisa komputer kamu untuk membuang segala sampah-sampah yang terkumpul terlalu lama. Dengan kata lain ia boleh membersihkan segala junk file yang ada. Di samping itu, ia juga boleh membaiki fail registry windows yang rosak dan tidak digunakan lagi oleh sistem komputer kamu.

Akhir sekali, kamu perlu pasang pula software antivirus, Saya cadangkan kamu guna antivirus berbayar seperti Avast, Avg dan Avira. Kamu boleh kunjungi mana-mana kedai komputer berhampiran kamu. Harganya hanya bayar sekali sahaja setahun.

Kelebihan antivirus berbayar ialah ia akan memberi sokongan sepenuhnya kepada sistem komputer kamu. Contoh melindungi kamu semasa melayari internet, memasang firewall tambahan, melakukan pemeriksaan harian dan akan memberitahu kamu jika sesuatu entiti yang dicurigai memasuki komputer kamu.

Itu sahaja langkah-langkah asas untuk menghalau virus atau spyware keluar dari sistem komputer. Selamat mencuba.



Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.



Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014

                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan