Macbook Repair - Mecnote: 5 Tips Terbaik Sebelum Membeli Mouse

Cari Model Mac

Sabtu, 2 Disember 2017

5 Tips Terbaik Sebelum Membeli Mouse

5 Tips Terbaik Sebelum Membeli Mouse



Terdapat beberapa faktor yang anda perlu ambil kira apabila memilih mouse yang sempurna untuk komputer dan laptop anda.
Sebelum anda mula membeli-belah, ambil masa anda untuk mempertimbangkan bagaimana anda menggunakan laptop, kerana ini boleh membantu anda dalam pemilihan mouse yang sesuai dengan membuat keputusan yang betul.
Sebagai contoh, jika anda menggunakan laptop di dalam persekitaran kerja dan kekal di stesen kerja sepanjang masa, mouseyang besar, selesa dan mempunyai pelbagai ciri-ciri istimewa adalah lebih sesuai.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda jenis yang sentiasa keluar ke mana-mana, anda mungkin mahu memilih mouse yang lebih kecil dan mudah untuk disimpan.
Sebaik sahaja anda telah menentukan bagaimana anda akan menggunakan mouse tersebut, sekarang adalah masanya untuk melihat beberapa faktor yang lain yang akan mempengaruhi pemilihan anda.

1. ERGONOMIK DAN SAIZ
Pertama dan paling penting, anda perlu mengkaji bentuk dan saiz mouse anda sebelum membuat keputusan untuk membeli. Saiz mouse anda boleh memberi kesan betapa mudahnya untuk menyimpan mouse tersebut ke dalam beg ketika travel.
Ia juga mempengaruhi keselesaan ketika memegang mouse di tangan anda. Jika anda mempunyai tangan yang kecil, mouseyang lebih besar atau berat mungkin membuatkan anda berasa tidak selesa.
Sekiranya anda mempunyai tangan yang besar dengan mouse yang kecil adalah tidak sesuai dengan anda kerana agak sudah untuk memegang dan tidak selesa apabila anda cuba klik butang atau menggunakan roda scroll.
Anda juga perlu mengambil masa untuk berfikir tentang ergonomik, terutamanya jika anda merancang untuk menggunakan mouse anda selama berjam-jam pada satu masa. Rehatkan tangan anda selama seminit dan perhatikan bentuknya.
Jika diperhatikan ia tidak rata? Mouse tidak direka untuk memenuhi kontur tangan anda kerana boleh menyebabkan kesakitan pada tangan dan pergelangan tangan jika anda menggunakan untuk jangka masa lama.
Ini bermakna ia adalah sangat penting untuk anda mempertimbangkan bentuk mouse sebelum membeli.
Sudah tentu, jika anda sedang mencari sesuatu yang lebih mesra traveling, pilihan ergonomik anda akan menjadi lebih terhad kerana sebahagian daripada reka bentuk yang perlu dikorbankan untuk menjadikan mouse itu kecil.
Tetapi untuk model yang lebih besar adalah sesuai untuk digunakan di stesen kerja, ia adalah mudah untuk mencari model yang sesuai dan mempunyai ciri ergonomik yang selesa apabila digunakan untuk tempoh masa yang panjang.

2. WIRELESS ATAU WIRED (menggunakan wayar sambungan)
Untuk zaman sekarang  anda mempunyai pilihan mouse wired atau wireless. Jadi bagaimana anda membuat keputusan? Jika anda kerap traveling, anda patut beli mouse wireless.
Siapa yang mahu berurusan dengan kabel tambahan semasa anda sedang menunggu di airport? Lain lah kalau anda sedang duduk di atas meja sepanjang masa dengan menggunakan laptop, wired mouse lebih sesuai dan anda tak perlu fikir tentang kos menukar bateri wireless mouse sikiranya habis.

3. BUTANG TAMBAHAN
Mouse standard hari ini mempunyai dua butang dengan roda skrol di tengah-tengah. Ini adalah ciri-ciri mouse standard yang menjadi pilihan kita semua sebelum keluarnya teknologi mouse yang baru.
Walau bagaimanapun, terdapat mouse yang menggunakan teknologi yang lebih maju, mempunyai banyak butang di sebelah kanan bahagian ibu jari kita. Butang ini boleh digunakan untuk melayari internet seperti fungsi back dan forward atau digunakan untuk bermain permain (games).

4. SOFTWARE
Kebanyakan mouse di luar sana hanya memerlukan anda untuk menyambungkan ia ke laptop tidak kira anda menggunakan operating system windows mahupun mac os x ia tetap akan berfungsi.
Walau bagaimanapun, kebanyakan mouse yang menggunakan teknologi yang baru seperti mouse gaming kebiasaannya mempunyai software, dimana anda boleh setting fungsi butang tambahan pada mouse tersebut. Harga untuk mouse sebegini adalah lebih mahal berbanding mouse yang standard.

5. BAJET
Seperti biasa, anda perlu melihat bajet anda sebelum memilih mouse untuk dibeli. Mouse datang dengan pelbagai bentuk, saiz dan harga antara mouse murah adalah puluhan ringgit berbanding mouse yang lebih mahal yang mencecah ratusan ringgit.
Sekiranya mouse yang anda suka harganya mahal, pastikan bajet anda mencukupi dahulu sebelum membeli.
Seperti yang anda lihat, terdapat banyak faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah mouse. Faktor-faktor diatas boleh dijadikan penanda aras untuk anda supaya tidak menyesal dikemudian hari, sekiranya mouse yang anda beli itu tidak sesuai dengan anda, kerana tidak berfikir dahulu sebelum membeli.
Ingat jangan membuat keputusan yang terburu-buru, pastikan anda melakukan keputusan yang bijak sebelum membeli di kedai atau pun membeli secara online.


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Ez bro






Tiada ulasan:

Catat Ulasan