Macbook Repair - Mecnote: 11 FUNGSI BARU DALAM IOS 11 YANG AKAN MENJADIKAN IPHONE ANDA LEBIH CANGGIH (PART 2)

Cari Model Mac

Rabu, 27 Disember 2017

11 FUNGSI BARU DALAM IOS 11 YANG AKAN MENJADIKAN IPHONE ANDA LEBIH CANGGIH (PART 2)

11 FUNGSI BARU DALAM IOS 11 YANG AKAN MENJADIKAN IPHONE ANDA LEBIH CANGGIH (PART 2)

 




iOS 11 yang telah  diumumkan oleh Apple telah  menerima banyak sambutan positif di kalangan peminat Apple sendiri termasuklah ramai juga pengguna Android yang turut merasa teruja dan kagum. Setelah sekian lama , ramai ‘beta-tester’ telah menemui banyak fungsi-fungsi baru dalam iOS 11 yang tidak diumumkan oleh Apple. Berikut merupakan 11 fungsi baru dalam iOS 11 yang akan membuatkan iPhone jadi lebih canggih dan ‘awesome’.

11 FUNGSI BARU DALAM IOS 11 YANG AKAN MENJADIKAN IPHONE ANDA LEBIH ‘AWESOME’

6. Files App – File Manager untuk iOS
iOS tidak mempunyai File Manager sehinggalah iOS 11 diperkenalkan – dan file manager ini akan dikenali sebagai Files App. Menyokong pengurusan file, video, photos, mp3 secara local (offline) dan juga mempunyai akses terus kepada Cloud Storage seperti iCloud Drive One Drive, Dropbox dan sebagainya.
7. Apple Pay menggunakan iMessages
iMessages di dalam iOS 11 kini membolehkan anda menghantar wang kepada rakan-rakan dengan mudah. Hanya tekan butang Pay, masukkan jumlah dan pembayaran akan dibuat berdasarkan kad kredit yang anda link dengan Apple Pay.
Fungsi ini bagaimanapun masih belum jelas adakah ia akan boleh digunakan di Malaysia atau tidak.
8. Indoor Maps Menyokong Aiport dan Shopping Mall Terkemuka
Ini fungsi yang sangat awesome untuk anda yang gemar travel ! Apple Maps akan menyokong indoor maps dan lane guidance untuk lapangan terbang serta shopping mall terkemuka di seluruh dunia. Tak perlu lagi pening cari maps di dalam Mall atau pakai aplikasi lain untuk carian direktori ketika travel atau shopping.
9. NFC pada iPhone menyokong lebih banyak peranti
Dalam iOS 11 juga, fungsi NFC akan digunakan untuk tujuan selain pembayaran menggunakan Apple Pay. Mungkin NFC akan menyokong pairing dengan peranti pihak ketiga seperti Mirrorless Camera, NFC Wireless Speaker dan sebagainya? Sama-sama kita tunggu.
10. Siri hadir dengan pilihan 2 suara Female/Male, menyokong fungsi Translator
Siri di dalam iOS akan mempunyai pilihan suara Female atau Male. Siri juga akan menyokong fungsi Translation dengan mudah.
11. One Handed Keyboard
Sebelah tangan pegang cawan kopi Starbucks dan sebelah tangan pegang iPhone tapi nak menaip Whatsapp dengan cepat? iOS 11 kini memudahkan anda untuk taip dengan sebelah tangan terutama pengguna iPhone 6/7 Plus.


Untuk mengatahui lebih lanjut silalah lawati website kami di Macnote Studio


Tak tahu dimana lokasi MACNOTE Gombak?


Anda boleh hubungi kami melalui:
                         


Anda amat dialu-alu datang terus ke MACNOTE di Gombak:


KAMI DI GOMBAK ( BERDEKATAN GIANT BT CAVES DAN MCD SERI GOMBAK)
- 10 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 15 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS





Ez Bro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan