Macbook Repair - Mecnote: 10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN SOLID STATE DRIVE (SSD) DI KOMPUTER ANDA

Cari Model Mac

Jumaat, 22 Disember 2017

10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN SOLID STATE DRIVE (SSD) DI KOMPUTER ANDA

Solid State Drive (SSD) atau juga dikenali sebagai Solid State Disk kini merupakan keperluan bagi komputer moden. Berbanding zaman beberapa tahun lepas di mana harga SSD adalah sangat mahal, kini terdapat banyak model budget ssd yang boleh dibeli di pasaran pada harga yang mampu milik. Terima kasih kepada kemajuan teknologi dan economies of scale.
Bagi mereka yang kurang jelas, SSD ialah teknologi storan yang lebih baru dan moden berbanding mechanical hard disk biasa yang digunakan pada majoriti komputer desktop dan laptop. Bezanya, SSD tiada “mechanical atau moving parts” dan kurang risiko mengalami kerosakan data berbanding hard disk. Lumrah teknologi baru, harga bagi SSD adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan hard disk biasa – contohnya pada harga satu SSD kapasiti 120GB anda boleh beli hard disk biasa dengan kapasiti 1TB. Tetapi, walaupun harga lebih tinggi, SSD menawarkan banyak kelebihan lain yang membuatkan pengguna tegar SSD sukar untuk menggunakan komputer dengan hard disk biasa.
Apple merupakan syarikat pembuat komputer yang menyertakan SSD di dalam setiap model laptop mereka iaitu, Macbook, Macbook Air dan Macbook Pro. Itulah sebabnya anda lihat Macbook dijual dengan kapasiti 128GB, 256GB dan 512GB. Apple lebih mementingkan kelajuan berbanding kapasiti. Hasilnya, kebanyakan model Macbook walaupun menggunakan processor dual-core tetapi sangat laju dan responsif. Pembuat PC lain pula kini dilihat semakin beralih kepada storan SSD di dalam model-model komputer terbaru, dan tidak terhad kepada komputer kategori high-end sahaja.

10 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN SOLID STATE DRIVE (SSD) DI KOMPUTER ANDA

ssd vs hdd (2)
  1. Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC. Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s.
  2. Penggunaan Solid State Drive melajukan boot komputer anda kepada kurang daripada 10 saat (sekiranya menggunakan sistem operasi moden seperti Windows 8.1 dan Windows 10)
  3. Majoriti pengguna Solid State Drive biasanya akan install sistem operasi seperti Windows atau Linux di dalam Solid State Drive bagi menjadikan penggunaan harian lebih lancar dan responsif – contohnya seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser,  scan antivirus dan sebagainya. Untuk mengoptimasikan penggunaan ruang Solid State Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti fail lagu, video, movie, anime di dalam Hard Disk biasa.
  4. Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya – penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.
  5. Bagi gamers tegar – penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.
  6. Model terkini Solid State Drive  mempunyai fungsi “DevSleep” iaitu lebih menjimatkan penggunaan bateri – sangat berguna kepada komputer jenis Ultrabook dan laptop untuk bisnes di mana ketahanan bateri sangat penting.
  7. Solid State Drive tiada komponen mekanikal yang bergerak (moving parts) – ini menjadikan ia lebih tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data penting seperti hard disk biasa.
  8. Solid State Drive lebih senyap dan lebih sejuk berbanding Hard Disk biasa – tiada lagi bunyi bising “spinning” hard disk dan kurang risiko hardware panas yang boleh membawa kepada overheat dan kerosakan hardware.
  9. Dari segi fizikal, Solid State Drive lebih ringan berbanding hard disk – sedikit mempengaruhi berat keseluruhan laptop atau desktop PC.
  10. Harga Solid State Drive kini jauh lebih murah berbanding ketika 3-5 tahun lepas, adalah sangat berbaloi untuk invest sedikit bagi mendapatkan lebih kelajuan, ketenangan fikiran dan produktiviti yang meningkat.
samsung 850 evo ssd

PERBEZAAN KELAJUAN SSD DAN HDD

ssd speed vs hdd
Perbezaan Read / Write Speed antara high end NVME SSD (Samsung 950 Pro), consumer SSD (Samsung 850 Evo, Kingston Savage, Hyperx Fury) dengan hard disk laptop 2.5″ HDD dan 3.5″ desktop HDD.

MODEL SSD PILIHAN KAMI

wd green ssd malaysia
  • Samsung 850 Evo – boleh dikatakan best consumer ssd setakat ini kerana menawarkan teknologi terkini, kelajuan dan kualiti dalam satu pakej. – warranty sehingga 5 tahun. (Read 540 MB/s Write 520 MB/s)
  • WD Green 120GB – model kos rendah daripada Western Digital – sesuai untuk kegunaan harian PC dan laptop
  • WD Green 240 GB – model kos rendah daripada Western Digital – sesuai untuk kegunaan harian PC dan laptop
  • WD Blue 250 GB– model untuk pengguna mainstream, sesuai untuk kegunaan harian, bermain game dan kerja-kerja produktiviti


samsung ssd 850 evo
Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop/Iphone?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. 

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:
          ·         WhatsApp Abang M
          ·         Facebook Macnote studio
          ·         Hotline 03-4010 3014
                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
-40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan