Macbook Repair - Mecnote: Kelebihan & Kekurangan Antara HDD VS SSD

Cari Model Mac

Selasa, 7 November 2017

Kelebihan & Kekurangan Antara HDD VS SSD





Semasa anda membeli sesebuah PC/laptop, harddisk adalah antara medium utama yang menjadi pilihan bagi pengguna laptop. Dari segi kapasiti, jenama dan kelajuan bagi   harddisk tersebut. Dan ingin memeningkan kepala anda semasa dalam proses pemilihan harddisk. Adakah korang akan beli HARDDISK atau HARD DRIVE (HDD) yang sering diguna ataupun menggunakan Solid State Drive (SSD). Anda mesti tertanya-tanya, yang mana lebih bagus dan berbalo? Apakah perbezaan di antara kedua-duanya.

Maka hari ini kami menghuraikan sedikit mengenai jenis,kelebihan dan kekurangan antara kedua-duanya.


HARD DISK DRIVE (HDD)

 


Kami mulakan dengan harddisk atau hard drive(HDD).Pertama kali HDD diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956.HDD mengunakan medan magnet untuk menyimpan data pada piring (platter) yang berputar. Semakin laju platter berputar semakin laju respon HDD tersebut. HDD yang berada di pasaran selalunya 5400 RPM (Rotation Per Minutes/Putaran Per Minit) ataupun 7200 RPM (Rotation Per Minutes/Putaran Per Minit). Sesetengah HDD mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM. HDD juga mempunyai 2 saiz yang berbeza iaitu 2.5 inci (digunakan pada laptop/external harddisk). Selain daripada saiz, perbezaan pada connector . Antara jenis connector yang kami tahu adalah IDE dan Serial ATA/SATA.


Bagi IDE, ia mempunyai 40 pin berbanding sata yang hanya mempunyai 7 pin.Tahap kelajuan proses pemindahan data juga berbeza bagi kedua-dua HDD ini. Bagi IDE, ia mempunyai kelajuan  memindahkan data dari 5MB/saat hingga 133 MB/saat. Manakala SATA,ia mempunyai kelajuan dalam lingkungan 150MB/saat.Terdapat juga jenis SATA yang dapat menggandakan jumlah kelajuan memindahkan data sehingga 300MB/saat.Lain-lain adalah pada saiz kabel sambungan HDD sendiri yang mana IDE lebih besar berbanding daripada SATA.


SOLID STATE DRIVE (SSD)



Seterusnya kami mahu kenalkan serba sikit mengenai SSD. Mungkin kita biasa dengan 'term' pendrive ataupun USB drive. Untuk pendrive, ianya menggunakan mikrochip untuk  menyimpan data. Jadi dengan lebih mudah SSD adalah serupa seperti pendrive yang telah dibesarkan kapasitinya.SSD ini diperbuat dari NAND-based flash memory atau dengan kata lain menggunakan non-volatile memory. Ada ura-ura mengatakan SSD akan kehilangan data secara tiba-tiba selepas bertahun disebabkan SSD tidak mempunyai piring yang berputar, ia mampu membuatkan proses pemindahan data dengan laju. Sebagai contoh Sand Force SATA 3.0 (6 GB/s) mampu melakukan proses pemindahan data hingga 500MB/saat.Hingga ke hari ini, hanya mengetahui SSD mempunyai satu saiz sahaja iaitu 2.5 inci . Kabel sambungan menggunakan soket SATA.



Perbandingan antara Hard Disk Drive (HDD) & Solid State Drive (SSD)




Sumber Dari: piratz.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan