Mecnote : 10 Kelebihan Pada Apple iPhone 7

Cari Model Mac

Thursday, 30 November 2017

10 Kelebihan Pada Apple iPhone 7

Apple telah mempopularkan arena telefon pintar dengan pengenalan iPhone pertama pada 2007 yang lepas. Kini, selang 10 tahun, Apple masih mendapat perhatian ramai apabila membuat pengumuman sesuatu produk baru, malah beberapa perkara yang diumumkan kadang-kala menjadi trend dan diikuti sama oleh pesaing Apple pada produk keluaran mereka.


Paling terkini adalah dua telefon pintar Apple, iaitu iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus. Dengan pengumuman ini, ia menjadikan kedua-duanya sebagai iPhone paling berkuasa buat masa ini. Bersama-sama dengan iPhone generasi baru ini juga turut hadir sejumlah fungsi baru, dan antaranya adalah;
1 – Sokongan Kalis Air
Kini, para pengguna boleh menggunakan iPhone ketika hujan tanpa risau akan telefon pintar mereka akan rosak. Ia kini hadir dengan piawaian IP67 yang menawarkan perlindungan daripada air dan juga debu.
Apple iPhone 7

2 – Rekaan Sama Dengan Pilihan Warna Jet Black
Dari segi rekaan, ia menggunakan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone 6 sebelum ini, tetapi tidak memaparkan garisan antenna seperti sebelumnya. Ia kini ditawarkan dalam lima pilihan warna, termasuk yang paling baru adalah Jet Black yang ditawarkan hanya untuk model 128GB dan 256GB sahaja.
Apple iPhone 7 Plus

3 – Butang Home Yang Diberikan Nafas Baru
Butang Home pada iPhone sebelum ini adalah lebih kepada bentuk yang boleh ditekan dan membawa kepada kerosakkan selepas digunakan dengan kerap. Mengatasi masalah ini, kini Apple menyertakan butang Home dengan rekaan statik – yang dijana menggunakan Taptic Enginedalam memberikan tindak balas seumpama menekan butang.
               Image result for ios 10 button home iphone 7

4 – Dwi-Kamera Pada Bahagian Belakang
Pada iPhone 7, ia mengekalkan penggunaan kamera 12-megapixel seperti biasa, sebaliknya pada iPhone 7 Plus, ia hadir dengan sokongan dwi-kamera. Ini membolehkan pengguna membuat rakaman dengan lebih jelas, termasuk kemampuan zoom dan juga mengkaburkan bahagian latar ketika merakamkan gambar.
               Image result for ios 10 camera iphone 7

5 – Tiada Lagi Audio-Jack
Apple melalui iPhone 7 telah “membunuh” port untuk audio. Sebaliknya, sebagai ganti kini mereka menggunakan port Lightning untuk mendengar audio. Walaupun terdapat kebaikkan, namun dari segi keburukkan adalah dimana pengguna kini tidak lagi boleh mendengar lagu sambil mengecas telefon.
Apple iPhone 7

6 – Storan Asas Kini Bermula 32GB
Akhirnya, selepas sekian lama, kini Apple telah membuang model asas dengan 16GB – sebaliknya kini versi paling asas hadir dengan pilihan 32GB.

7 – Speaker Stereo Dengan Kualiti Bunyi Lebih Kuat
Pada iPhone 7, kini Apple menyertakan sokongan speaker stereo yang baru – menawarkan bunyi yang lebih dua kali ganda kuat berbanding dengan iPhone 6S sebelum ini. Selain mendengar lagu dan lain-lain, penggunaan stereo speaker ini turut membawa kepada kualiti panggilan yang lebih tinggi melalui speakerphone.
Apple iPhone 7 Plus

8 – Kualiti Rakaman Lebih Baik
Menguasakan iPhone baru ini adalah sensor belakang 12-megapixel dan sensor hadapan 7-megapixel. Bahagian belakang turut menawarkan integrasi Quad-LED yang menawarkan pencahayaan 50% lebih jelas banding iPhone 6s.
               Image result for ios 10
9 – Kuasa Pemprosesan Berganda Melalui Cip Empat-Teras
Apple buat pertama kalinya menggunakan cip pemprosesan empat-teras pada iPhone 7 melalui Apple A10 Fusion. Ia kini menawarkan kuasa pemprosesan dua kali ganda berbanding dengan iPhone 6 sebelum ini, dan pengoptimasian yang menjimatkan tenaga bateri untuk masa penggunaan yang lebih lama.
              Image result for ios 10

10 – Sistem Operasi iOS 10
Menjana telefon pintar ini adalah iOS 10 yang menawarkan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk pengenalan papan kekunci pintar baru, sokongan integrasi aplikasi pada Siri, integrasi pembelajaran pintar pada aplikasi seperti Apple Photos, dan sejumlah fungsi baru lain.
               Image result for ios 10

Apple masih tidak mengumumkan penawaran mereka untuk Malaysia buat masa ini. Malah, nama Malaysia masih tidak tersenarai untuk dua fasa pertama, dan mungkin perlu nantikan fasa ketiga dan seterusnya yang dijangka bermula sekitar Oktober kelak.

sumber:- amanz.my



Semoga tips ini dapat membantu anda. Jangan lupa share ya.


Anda ada masalah dengan MacBook/Laptop?
  • Slow
  • Rosak
  • Serangan Virus

Jangan risau!! Kami boleh bantu menyelesaikan masalah anda.. dengan menggunakan TIPS di atas  anda akan dapat menggunakan macbook/laptop anda dengan lebih lama.

Tak tahu dimana lokasi MACNOTE STUDIO UIA Gombak?

Anda boleh hubungi kami melalui:

        ·         WhatsApp/Messenger Abang M
        ·         Facebook Macnote studio
        ·         Hotline 03-4010 3014

                        


                         

Anda boleh datang terus ke MACNOTE di UIA Gombak:

1. KAMI DI GOMBAK ( DALAM UIA GOMBAK)

- 15 MINIT DARI KEPONG DAN SELAYANG
- 25 MINIT DARI BANGSAR DAN AMPANG 
- 30 MINIT DARI SETAPAK DAN SENTUL
- 40 MINIT DARI PUCHONG DAMANSARA DAN CHERAS